Arahan ‘last minute’, Menteri KPT kena bambu dengan orang ramai

Arahan ‘last minute’, Menteri KPT kena bambu dengan orang ramai

Keputusan pada saat-saat akhir untuk menangguhkan proses pendaftaran dan orientasi bagi pelajar universiti awam baru telah mencetuskan kemarahan dan kekecewaan selepas banyak pelajar telah tiba di kampus.

Kementerian Pengajian Tinggi semalam mengumumkan bahawa pihaknya menggalakkan universiti awam untuk menangguhkan sebarang pendaftaran fizikal susulan lonjakan jumlah kes Covid-19.

Perkara sama untuk pelajar baru dan lama.

“Bagi pelajar yang sudah tiba dan mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh terus berada di kampus masing-masing. Universiti awam diminta membantu keperluan pelajar yang memerlukan pertolongan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Namun, tidak semua pelajar yang tiba di kampus dan harus membuat perjalanan pulang.

Sebilangan besar pelajar menyatakan kekecewaan mereka di laman Facebook Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad.

“Kenapa suka buat kenyataan last minute dan U-turn menyusahkan student ni datuk? Tahu tak berapa banyak duit parent dan student kena burn,” kata Abraham Amin.

“Dah sampai dari Johor ke Kelantan baru tahu. Kesian lah kami…semua dah siap….banyak duit kami habis nak masuk sekolah anak. Fikirlah sikit perasaan kami ibu bapa ni,” kata Noorizwanie Jamil.

“Jangan jadi bodoh. Ini bukan pertama kali anda susahkan ramai pelajar dan ibu bapa dengan pengumuman saat akhir. Ingat ni gimik ke?” katanya Hani Abd Latif.

Pengumuman saat akhir itu menyebabkan beberapa parti politik tampil memberikan bantuan kewangan kepada pelajar yang perlu pulang.

Muda, sebuah parti berasaskan anak muda yang baru ditubuhkan mengumpulkan lebih daripada RM50,000 untuk membantu pelajar yang terkandas.

“Muda sedar masalah yang dihadapi mahasiswa disebabkan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi yang tidak punya prosedur jelas dan lambat.

“Muda berkongsi keluhan dari anda semua yang perlukan bantuan,” kata parti itu ketika melancarkan kempen kutip derma bagi membantu pelajar yang terkandas.

Kempen itu mencapai sasaran selepas tiga jam dilancarkan.

“Proses pembayaran sumbangan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan akan bermula esok.

“Sudah pasti kami akan berkongsi kepada semua bagaimana sumbangan anda diberikan kepada penerima. Terima kasih sekali lagi!” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/545032