Penyanyi Ning Baizura kini sedang menjadi tumpuan ramai apabila rakaman video siaran langsung dari Instagram miliknya menjadi tular di platform X.
Video tersebut telah mendapat kecaman hebat daripada warganet kerana tindakannya yang kelihatan terpinga-pinga
apabila membaca slogan ‘All eyes on Rafah’ yang ditulis oleh pengikutnya.
“All eyes on Rafah? Who’s that?”
Dalam video tersebut, Ning Baizura kelihatan seperti sedang melakukan sesi karaoke dan secara tiba-tiba, ada netizen menulis slogan tersebut di ruangan komen.
Ning Baizura dilihat keliru tentang siapa yang dimaksudkan dengan ‘Rafah’ sebelum tersedar dan meminta maaf.
Tindakannya itu telah mengundang kemarahan netizen sehingga ada yang melabel penyanyi lagu “Awan Yang Terpilu” ini sebagai tidak peka.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mempertikaikan kepekaan Ning Baizura terhadap isu Palestin kerana slogan dan berita mengenainya terlalu banyak di media sosial.
“All eyes on Rafah. Who’s that?” Ada eh manusia yang macam ni sekali? Kalau cakap artis malaysia memang ramai out of touch or just plain bangang kang mula lah sekor sekor sentap terpaling artist pun struggle jugak blablabla. Its high time we de-influence n defund these people lah pic.twitter.com/EKaWQkzx0h
— Juju (@arxxxxmand) May 14, 2024
Walau apa pun, kita sama-sama doakan kesejahteraan saudara kita di sana, jangan berhenti berdoa dan semoga golongan Zionis dikenakan musibah yang tidak terbayang oleh manusia.