Zul Ariffin payung gambar tengah joging, sekali benda lain pula netizen perasan

Zul Ariffin payung gambar tengah joging, sekali benda lain pula netizen perasan. Meskipun sebelum ini dikecam teruk susulan kontroversi babak panas, pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin tetap tenang menjalani keidupan seperti biasa.

Difahamkan, Zul kini berada di kota London untuk bercuti beberapa hari selepas pulang dari Udine, Italy.

BACA: Zul Ariffin Hadiah Kereta Mewah Kepada Gayatri Sebagai Tanda Sayang

Meninjau di Instagram, pelakon itu tidak lokek berkongsikan fotonya ketika berada di sana. Terbaru, Zul ada memuat naik gambarnya sedang melakukan aktiviti joging.

Ternyata foto tersebut menjadi bualan ramai apatah lagi seluar jogging yang dipakainya menampakkan bentuk peha Zul.

Ramai yang teruja dengan gambar berkenaan serta ada yang berseloroh bertanyakan sama ada itu peha ataupun ekzos. Tidak kurang juga ada yang menyamakan Zul seperti superhero.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mengucapkan selamat hari raya buat pelakon itu meskipun kini berada di luar negara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

BACA:

Anggota trafik iring anak MP Baling ditukar ke bahagian pentadbiran

Kakitangan kerajaan dibenar kerja dari rumah selama seminggu selepas Aidilfitri

KWSP: Rupanya ada 17 jenis pengeluaran khas yang anda boleh buat

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Zul Ariffin payung gambar tengah joging, sekali benda lain pula netizen perasan […]