Zizie Izette akui terima wang RM2.8 Juta, kata saksi

Zizie Izette akui terima wang RM2.8 Juta, kata saksi. Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bahawa Datin Seri Zizie Izette A Samad pernah memaklumkan ada menerima wang RM2.8 juta kerana bertindak sebagai ‘orang yang memperkenalkan’ berhubung pelaburan Felcra dalam unit amanah Public Mutual.

Saksi pendakwaan ke-27, Mohd Haris Ibrahim, 42, berkata demikian ketika perbicaraan kes rasuah pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual, yang dihadapi Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Mohd Haris berkata, isteri Ahli Parlimen Kinabatangan itu mendedahkan perkara berkenaan ketika merakam percakapannya bagi membantu siasatan kes rasuah suaminya pada Julai 2016.

Baca Artikel Penuh