Zarina Anjoulie nasihat rakan artis jangan berhutang “Tak ada masalah pun kalau kau artis tapi bawa Myvi”

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Realiti hidup sebagai artis ini, ada masa bila tawaran lakonan masuk bertubi-tubi maka ada pendapatan untuk menyara diri atau keluarga.

Tapi bila semakin sendu, tawaran pun tak kunjung tiba tetap ada yang masih mahu mengkaburi mata peminat dengan gaya hidup mewah walaupun sedar diri tak mampu.

Menerusi video TikTok Astro Gempak, pelakon Zarina Anjoulie berkongsi mengenai rakan artis yang berhutang demi gaya hidup.

“Mungkin ramai tak tahu tapi ramai artis dekat Malaysia ni yang menayangkan diri mereka yang berbeza di media sosial.

“Tak ada masalah pun, saya ni tak kaya pun, selalunya memang saya akui tiada duit. Sebab realitinya, artis memang tak buat banyak duit.

Zarina Anjoulie nasihat rakan artis jangan berhutang “Tak ada masalah pun kalau kau artis tapi bawa Myvi”

“Kebanyakan artis nak tunjuk imej yang mereka tu kaya tapi berapa ramai yang bankrup. say tahu semua tu,” katanya dalam program No Filter bersama pengacara, Elly Mazlein.

Pada masa sama, Zarina melihat ini sebagai contoh yang tidak baik untuk dikongsi bersama peminat kerana mereka sebolehnya akan cuba mengikuti gaya hidup artis.

“Secara tak langsung pengikut dekat media sosial terikut-ikut gaya hidup (artis) macam tu. Sanggup hutang along hanya untuk kita ni ada gaya hidup mewah.

“Mereka tak artis ni banyak hutan along, buat pinjaman. Jadi kenapa nak terikut mereka. Tak ada masalah sekalipun kalau kau artis tapi bawa Myvi,” jelasnya.

Rata-rata peminat menyukai sikap Zarina atau mesra dipanggil Anju kerana dia dilihat sangat merendah diri walaupun sering terpalit kontroversi.

“Anju ni walaupun banyak kontroversi tapi dia realistik bukan fake, hidup dalam dunia Khayalan, berangan.

“Ini realiti sebenarnya, kalau betul artis kaya raya, tak mungkin ada yang buat pendapatan tambahan dengan jual kerepek, kek atau baju,” antara komen netizen.

Baca juga: “Aku ingat aku paling disayangi oleh mak mertua, rupanya tidak, dia jadi batu api kepada sekalian umat manusia dalam family mertua”