Zarina akui minta izin isteri pertama untuk kahwin, “dah 30 tahun bermadu sekarang”

Zarina akui minta izin isteri pertama untuk kahwin, “dah 30 tahun bermadu sekarang”. Selepas beberapa isu melibatkan rumah tangga selebriti menjadi perbualan ramai, pelakon Zarina Zainuddin pula mendedahkan pengalamannya bergelar isteri kedua kepada Datuk Seri Raihan Wan Jaafar selama 29 tahun.

Menerusi temu bual bersama Sinar Harian yang viral di TikTok, Zarina mengimbau kembali saat-saat ketika Raihan melamar dan kesungguhan lelaki tersebut untuk mengangkat dirinya sebagai seorang isteri.

“Masa mula-mula dulu saya nakal, niat saya dulu tak berapa bagus… Dia orang kaya, kita minta apa pun dia bagi. Saya tanya, abang nak apa, semua saya minta abang bagi. Dia pandang saya, dia kata dia nak kahwin dengan saya.

Baca Artikel Penuh