Zambry letak jawatan pengerusi MAHB, 3 persatuan mohon timbang balik

Zambry

Zambry letak jawatan pengerusi MAHB, 3 persatuan mohon timbang balik.Tiga persatuan kakitangan Malaysia Airport memohon kepada Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir supaya mempertimbangkan semula keputusan peletakan jawatan sebagai pengerusi syarikat penerbangan negara itu.

Pengerusi Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia (Kesma), Husin Shahar berkata, peletakan tersebut bukan sahaja akan menjatuhkan moral bahkan menghakis semangat kakitangan syarikat tersebut.

“Ketika sedang melawan gelombang dan dihempas badai, seorang juragan sepatutnya tidak meninggalkan bahteranya.

“Sekurang-kurangnya tunggu lah bila keadaan kembali pulih, sehingga benar-benar yakin yang syarikat sudah boleh bergerak semula dengan sendiri tanpa perlukan apa-apa bantuan.

Zambry

“Dan kembali kukuh dan kebajikan kakitangan terjaga dengan baik serta selamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Husin berkata, kakitangan syarikat penerbangan itu akan berdukacita jika tetap dengan keputusan untuk melepaskan jawatan.

“Berilah pertimbangan semula Datuk Seri, pertimbangan yang penuh simpati.

“Gandingan Zambry dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh adalah yang terbaik.

“Kesma amat mengharapkan gandingan insan berpengalaman akan membuat Malaysia Airports terus berjaya dengan cemerlang,” ujarnya.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/154540/BERITA/Nasional/Pertimbangkan-semula-peletakan-jawatan-Pengerusi-Malaysia-Airports

BACA: Panas !!! Lagi MP Umno ikut keputusan parti, tolak Muhyiddin