Zahid menghadap Sultan Perak pagi ini

Zahid menghadap Sultan Perak pagi ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Kinta di sini sekitar jam 9.50 pagi tadi.

Beliau yang memakai suit dan bersongkok sempat membuka tingkap kenderaan dan melambai ke arah media sebelum memasuki pekarangan istana.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah jam 10 pagi.

Difahamkan majlis menghadap itu berkait sokongan majoriti dan pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu.

Pada majlis menghadap itu juga, Ahmad Zahid dilapor akan menyembah maklum nama calon Menteri Besar dari UMNO untuk pertimbangan Sultan Nazrin.

Sekiranya Sultan Nazrin berpuas hati dan perkenan untuk melantik individu tersebut, berkemungkinan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perak Ke-14 akan berlangsung di Istana Islandariah, Kuala Kangsar petang ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dikatakan antara individu yang akan menduduki kerusi Menteri Besar Perak Ke-14.

Ia selepas semua ADUN UMNO Perak secara konsensus menamakan Saarani sebagai calon Menteri Besar yang baharu.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/ahmad-zahid-tiba-di-istana-kinta-bakal-menghadap-sultan-perak-272150

COMMENTS