Zahid dedah kronologi yang berlaku, Umno terpaksa buat keputusan

Zahid dedah kronologi yang berlaku, Umno terpaksa buat keputusan

Zahid dedah kronologi yang berlaku, Umno terpaksa buat keputusan. Kronologinya mudah sahaja untuk difahami:

Pada 16 Jun 2021 Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah menitahkan supaya Parlimen bersidang secepat mungkin.

Pada 15 Jun 2021 Perdana Menteri memaklumkan Sidang Parlimen hanya boleh diadakan pada September atau Oktober.

Pada 21 Jun 2021 UMNO mendesak supaya sidang Parlimen diadakan lebih awal. Titah secepat mungkin bermaksud segera. UMNO beri tempoh 14 hari.

Zahid

Jika gagal dipenuhi maka Mesyuarat Khas MKT UMNO akan diadakan BAGI MEMUKTAMADKAN TINDAKAN SELANJUTNYA.

Pada 29 Jun 2021 Yang di-Pertuan Agong sekali lagi bertitah supaya sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

Pada 5 Julai 2021 Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Mesyuarat Khas Parlimen hanya akan diadakan bermula 26 Julai.

Tempoh itu melebihi 14 hari ditetapkan UMNO dan dilihat masih tidak menepati titah Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu.

Pada 7 Julai 2021 Mesyuarat Khas MKT UMNO diadakan untuk menetapkan tindakan selanjutnya dan tindakan selanjutnya diambil berdasarkan tujuh pertimbangan utama.

Oleh itu pasukan siber sebelah sana sila berhenti daripada cuba mengelirukan rakyat. Tidak perlu ‘spin’ itu dan ini mengenai tindakan UMNO.

UMNO parti cakap serupa bikin. Apa UMNO kata UMNO akan buat demi kepentingan rakyat dan negara.
Sumber:

Jika terlepas: Video tular kes ragut di ‘Pulau Pinang’, ini penjelasan Polis