Zahid akui 8 surat akuan tarik sokongan telah dipersembah kepada Agong

Zahid akui 8 surat akuan tarik sokongan telah dipersembah kepada Agong

Zahid akui 8 surat akuan tarik sokongan telah dipersembah kepada Agong.

Umno mengutuskan warkah kedua kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan pertambahan bilangan ahli parlimen parti itu yang tidak lagi memberikan sokongan kepada Muhyiddin Yassin.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia adalah surat lanjutan kepada warkah terdahulu yang dipersembahkan pihaknya kepada Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 30 Julai lalu.

Justeru, kata ahli parlimen Bagan Datuk itu, dakwaan Muhyiddin bahawa dia masih mendapat sokongan majoriti di parlimen adalah tidak benar dan wajar melepaskan jawatannya segera.

zahid

“Umno mencabar kerajaan untuk segera mengadakan sidang khas Parlimen untuk membuktikan perdana menteri masih mempunyai sokongan majoriti dan bukannya menunggu sehingga Sept,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin dalam perutusan khas tengah hari tadi berkata tidak timbul isu dia perlu berundur daripada jawatan perdana menteri mengikut Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

Hal itu kerana, katanya, di sebalik penarikan semula sokongan sebahagian ahli parlimen Umno, dia masih memiliki majoriti di parlimen.

Kata presiden Bersatu itu, hal tersebut juga sudah dipersembahkan kepada Agong. Untuk menangani isu keabsahan dia sebagai perdana menteri dan kerajaan Perikatan Nasional, usul percaya akan dibawa ke parlimen pada Sept ini.

“Saya juga sedar bahawa kedudukan saya sebagai perdana menteri seringkali dipersoalkan.

“Maka, saya telah menyembah maklum kepada Agong bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai perdana menteri di Parlimen,” katanya.

Bagaimanapun kenyataan itu disanggah pembangkang kerana tiada mana-mana ahli parlimen dari blok itu atau beberapa ahli parlimen bebas yang memberikan sokongan kepada Muhyiddin.

Dengan penarikan sokongan sebahagian ahli parlimen Umno, kata mereka, mustahil Muhyiddin masih menikmati sokongan majoriti di parlimen sekarang.

Kata Ahmad Zahid sebelum ini PN disokong oleh 114 ahli parlimen yang menyokong kerajaan dan jumlah berkenaan akan berkurangan dengan tindakan sebahagian ahli parlimen Umno terbabit.

“Saya telah mempersembahkan warkah yang melampirkan lapan surat akuan ahli-ahli parlimen Umno kepada Agong pada 30 Julai bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyddin sebagai perdana menteri.

“Ini cukup untuk menunjukkan kepimpinan beliau (Muhyiddin) sudah hilang majoriti, biarpun sebenarnya jumlah berkenaan melebihi daripada itu.

“Setelah MT membuat ketetapan mutakhir pada 3 Ogos 2021, bagi menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan perdana menteri atas asas mahu berpihak kepada Agong, jumlah surat akuan ahli-ahli parlimen Umno bertambah lagi,” katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/585870

BACA JUGA : ‘Kluster mahkamah’ sanggup perjudi nasib rakyat, kata Pemuda Pas