YADIM sebagai wadah keharmonian kaum, tegas Nik Omar

ANAK Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Nik Omar Nik Abdul Aziz diberi amanah menerajui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), beliau memulakan tugasnya bersama Timbalannya, Zolkarnain Abidin di Yadim pada 20 Disember baru-baru ini.

Pelantikan Nik Omar adalah berdasarkan Klausa 7(a) Perlembagaan Yadim yang menyatakan bahawa semua pelantikan Yang Dipertua Yadim dan Timbalan Yang Dipertua Yadim adalah di bawah keputusan Perdana Menteri.

Beliau dilantik bagi menggantikan Dr Yusri Mohamad yang menamatkan perkhidmatannya pada 31 Oktober. Dengan pelantikan itu, Nik Omar kini menjadi Yang Dipertua Yadim ke-13 sejak penubuhan badan dakwah ini pada 1974.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/nik-omar-mahu-yadim-sebagai-wadah-keharmonian-kaum/