Wow! Selamba Menteri langgar arahan kerajaan, tiada tindakan?

Wow! Selamba Menteri langgar arahan kerajaan, tiada tindakan?

Janji Kluster VIP PN, Boleh Langgar SOP, Boleh Langgar Kuarantin Wajib?

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 apabila tidak melakukan kuarantin wajib selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.

Beliau yang sepatutnya perlu mengasingkan diri untuk tempoh 14 hari bagaimanapun dilihat hadir ke Parlimen pada 13 Julai lalu.

Mohd Khairuddin, Ahli Parlimen Kuala Nerus (PAS) dilaporkan berkunjung ke Turki pada 3 hingga 7 Julai, tetapi hadir ke Parlimen enam hari selepas itu.

Seluruh rakyat Malaysia yang memiliki otak pun tahu sesiapa yang berkunjung ke luar negara harus dikuarantin selama 14 hari (selepas pulang).

Di negara Turki sahaja mempunyai hampir 250,000 kes Covid-19!

Malah pada bulan Julai, Menteri Kanan Perikatan Nasional (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri pun telah mengarahkan agar semua warga asing dan rakyat Malaysia yang baru tiba atau pulang dari luar negara, diwajibkan menjalani kuarantin wajib 14 hari di stesen yang ditetapkan, dan bukan lagi di rumah.

Ketegasan kerajaan dalam mengekang penularan Covid-19 dapat dilihat jelas apabila rakyat marhaen seperti wanita warga emas dihukum penjara dan didenda RM8,000 selepas bersalah melanggar perintah kuarantin kendiri apabila tiba dari negara luar pada minggu lalu.

Wow! Menteri PN boleh selamba langgar arahan kerajaan? Tiada tindakan?

Tidak sangka semakin menjadi-jadi amalan ‘double-standard’ di bawah Kerajaan Pengkhianat Pintu Belakang yang kononnya ‘Kerajaan Melayu Islam’ ini ya?

Sumber :