Wow !!! Ismail Sabri beri bayangan rakyat Malaysia boleh balik kampung raya tahun ni

“Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini,” luah Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob yang merujuk kepada trend penurunan kes harian Covid-19 ketika ini.

Beliau berkata, sekiranya trend penurunan kes harian Covid-19 berterusan, kemungkinan rentas negeri boleh dibenarkan dengan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan rakyat boleh pulang beraya di kampung tahun ini.

“Tahun lepas, atas nasihat KKM, kita tak balik Raya. Saya juga orang kampung, mesti nak balik kampung, ia dah jadi rutin, bila tak dapat balik kampung, saya juga kecewa.

“Tetapi dengan kes yang semakin menurun dan R0 yang juga menurun sehingga 0.88 setakat ini, KKM akan menilai, jadi kita doakan Raya tahun ini boleh balik kampung,” kata beliau dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV semalam.

Aidilfitri tahun ini dijangka disambut pada 13 Mei.

Tegas Ismail, keputusan untuk membuka sempadan negeri perlu dipertimbangkan sebaik-baiknya kerana sebelum ini apabila rentas negeri dibenarkan, kes berkaitan kluster balik kampung meningkat.

Sementara itu, beliau berkata, tiada lagi sekatan jalan raya (SJR) di sempadan daerah semalam kerana pergerakan rentas daerah telah dibenarkan mulai hari ini manakala SJR di sempadan negeri dikekalkan.

Mengulas mengenai taman-taman rekreasi dan awam di sesetengah negeri yang masih ditutup walaupun kerajaan telah membenarkan aktiviti beriadah dilakukan di situ, beliau berkata, sepatutnya ia tidak menimbulkan sebarang isu.

“Kita telah benarkan beroperasi kerana taman-taman ini merupakan tempat terbuka, ia kurang berisiko berbanding tempat tertutup,” kata beliau, sambil menambah, orang ramai boleh merujuk prosedur operasi standard (SOP) Pihak Berkuasa Tempatan atau SOP Majlis Keselamatan Negara.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/05/doakan-kita-boleh-balik-kampung-raya-tahun-ini/

COMMENTS

Wordpress (0)