WHO saran guna ubat Actemra, Kevzara kurangkan risiko kematian akibat Covid-19

WHO saran guna ubat Actemra, Kevzara kurangkan risiko kematian akibat Covid-19

WHO saran guna ubat Actemra, Kevzara kurangkan risiko kematian akibat Covid-19. PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa menyarankan penggunaan ubat Actemra keluaran Roche dan Kevzara keluaran Sanofi untuk mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19.

Kedua-dua ubat ini lazimnya digunakan untuk merawat masalah arthritis atau keradangan sendi.

Saranan itu dikeluarkan selepas data kajian daripada 11,000 pesakit mendapati ubat berkenaan mengurangkan risiko kematian.

Kajian dijalankan satu kumpulan WHO yang mengkaji terapi bagi merawat pesakit COVID yang teruk dan kritikal.

WHO

Ia merumuskan, Actemra dan Kevzara mampu menyekat keradangan, mengurangkan risiko kematian dan penggunaan mesin bantuan pernafasan.

Dengan penemuan ini, WHO sudah mengemas kini panduan penjagaan klinikal bagi pesakit COVID-19.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (USFDA) minggu lalu memberi kelulusan kecemasan Actemra untuk COVID-19.

WHO turut mendesak lebih banyak dilakukan untuk meningkatkan akses ubat-ubatan bagi negara miskin yang kini berdepan peningkatan kes COVID-19.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-dunia/covid19-actemra-dan-kevzara-kurangkan-risiko-kematian-who-307025

kalau Anda terlepas: Panas !!! Benarkah 35 MP enggan keluar kerajaan?, Ini penjelasan ahli MKT Umno