We have to be fair to YAB PM.

1. Bila membaca pelbagai berita khususnya di alam cyber mengenai our beloved YAB PM, saya kadangkala terfikir betapa tidak adilnya sebahagian besar kritikan yang dihadapkan ke atas YAB PM.

2. Saya boleh terima bahawa YAB PM bukan insan sempurna dan sebagai insan biasa, beliau boleh terdedah kepada kelemahan dan kesilapan di sini sana. After all , siapa yang tidak selain para rasul yang ma’sum?

3. To be fair, mereka yang mengkritik tersebut mungkin tidak atau belum ada pengalaman secara langsung berkerja dengan YAB PM. Alhamdulillah, sebagai salah seorang “ahli keluarga besar” di Jabatan Perdana Menteri ( JPM ), saya ada sedikit sebanyak pengalaman berkerja dengan YAB Tun khususnya selepas May 9, 2018.

4. Satu perkara yang, bagi saya, susah untuk kita menafikan hakikat adalah YAB mempunyai segala kemewahan ( luxuries) pilihan untuk menolak jawatan PM. Tetapi beliau mengambil pilihan untuk menerimanya? Kenapa? Untuk pangkat dan harta? No way. Bagi saya..hanya satu. Because he loves Malaysia. , Yes, he loves all of us. Period.

5. YAB PM, bagi saya , mahu bawa semula negara bertuah Malaysia ini dihormati dan disegani oleh warga dunia ini dan mungkin lebih dari itu. Cara beliau bekerja , bagi saya, adalah bukti kuat kepada apa yang saya katakan itu. Setakat ini, saya mungkin tidak pernah lagi melihat individu yang bekerja sekuat Perdana Menteri , lebih-lebih lagi mengambil kira usia Tun. Kadangkala saya cuba nak ikut cara beliau bekerja.. I have to confess… tak mampu.

6. Suatu yang saya berani kata, berdasarkan alhamdulillah pengalaman bermesyuarat dengan beliau hampir setiap minggu di pasca Kabinet JPM yang dipengerusikan oleh YAB PM sendiri, beliau , saya lihat, tidak pernah sama sekali, suka membuang masa ( misalnya berbual kosong sebelum atau selspas mesyuarat ). Ini menunjukkan betapa tingginya disiplin beliau. Biasanya selepas mesyuarat, beliau kembali ke pejabat beliau di JPM.

7. Ada orang kata YAB keras orangnya. Tegas maybe , but definitely not keras. Ada juga yang tuduh beliau tak suka dengar cakap orang. Bagi saya, itu seratus peratus salah. He is definitely a good and attentive listener. Bila kita bercakap , beliau akan dengar dengan penuh tekun. Tidak langsung even mencelah. For that, kita rasa dihargai. He may disagree with us but he listen. He duly appreciates each and every view, setakat yang dah lihat sehingga kini.

8. Pokoknya , YAB PM berkerja amat-amat kuat untuk pulihkan negara ini, maaf jika saya kata, telah dirosakkan dengan teruk oleh rejim yang lama. For that, we should support our YAB PM.

Di sini saya juga harus puji DSAI dan YAB TPM dan juga ramai pemimpin veteran PH seperti YB Lim Kit Siang, YB TS Muhyiddin, YB KM Sabah, YB Mohd Sabu dan lain lain, yang bagi saya, amat memahami perkara ini.

Ini sekadar pandangan saya, based on my observation.

YB Sepang.
22/11/2019.
4.08 pm