Waspada dengan pemimpin ‘matlamat menghalalkan cara’ – Hadi

Waspada dengan pemimpin ‘matlamat menghalalkan cara’ – Hadi

Rakyat wajib ber waspada terhadap pemimpin dan parti politik yang berpegang kepada kaedah matlamat menghalalkan segala cara.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, rakyat juga perlu berwaspada dengan ‘tentera’ upahan khususnya media tajaan pihak asing.

Menurut Abdul Hadi, ‘bala tentera upahan’ ini akan memainkan peranan bagi menjayakan agenda mewujudkan kerajaan proksi yang boleh digunakan tanpa peduli rakyat yang menjadi korbannya.

waspada

“Kita mesti menolak parti dan pemimpin yang dicaturkan oleh pihak lain. Jadilah umat yang merdeka sepenuhnya. Selamatkan negara daripada dipergunakan rakyat dan tanah air oleh mereka.

“Jangan ulangi sejarah hitam yang menyedihkan. Tegakkan negara yang benar-benar merdeka dan berdaulat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Bagaimanapun katanya, serangan pemikiran melalui media upahan menyebabkan masyarakat tidak peduli kepada politik kerana bosan sehingga meninggalkan kewajipan mempertahankan kuasa untuk menyelamatkan umat.

“Akhirnya kuasa jatuh ke tangan mereka yang menjadi alat kepada musuh tersebut,” katanya.

Beliau menambah, bencana yang berlaku terhadap Afghanistan dan Iraq dijadikan medan perang menjadi pengajaran kepada semua.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/153681/BERITA/Politik/Waspada-pemimpin-ada-agenda

BACA JUGA : Terkini !!! Kes harian Covid-19 naik mendadak ke 19,819 kes