Wartawan Israel selamba seludup masuk tanah haram Mekah dikecam

Wartawan Israel selamba seludup masuk tanah haram Mekah dikecam. Wartawan dari Israel mendakwa berjaya menyusup masuk ke Mekah, kota suci di Arab Saudi yang hanya dibenarkan untuk dikunjungi oleh umat Islam.

Wartawan dari Channel 13 yang dikenali bernama Gil Tamari juga menyiarkan beberapa rakaman video dirinya di satu sudut kota Mekah. Tindakannya itu mendapat banyak kritikan daripada warga Saudi dan penganut Islam sehingga ada yang menuntut agar Tamari dikenakan hukuman.

Salah satu rakaman video yang dikeluarkan oleh Channel 13 menunjukkan Tamari memandu kereta dan berjalan di sekitar kota suci itu.

Baca Artikel Penuh