Wartawan cilik tular kes jumpa ular terkejut dapat panggilan daripada Nabila Razali

Wartawan cilik tular kes jumpa ular terkejut dapat panggilan daripada Nabila Razali. Kanak-kanak cilik yang tular iaitu Muhammad Haziq Mohd Asyraf yang digelar wartawan cilik ini merupakan peminat kepada penyanyi Nabila Razali.

Selepas video kanak-kanak cilik yang membuat liputan mengenai ular sawa itu menjadi viral di laman sosial tempatan, kanak-kanak tersebut terus menjadi perhatian netizen dengan kepetahannya itu. Haziq yang berusia 12 tahun berasal dari Bukit Selambau, Kedah.

Menerusi hantaran terbaru Nabila Razali, penyanyi itu membuat kejutan dengan membuat panggilan video kepada adik Haziq. Reaksi terkejut dan tergamam Haziq saat menerima panggilan kejutan dari Nabila Razali itu sangat menghiburkan kanak-kanak tersebut.

Nabila Razali juga ada bertanya kepada Haziq mengenai lagu mana yang menjadi kesukaannya. Dengan spontan Haziq menjawab “Sepi..sepi apa tak tau?” sambil disambut tawa oleh Nabila.

“Hari saya nak buat special video call kepada adik haziq yang buat report fasal ular sawa yang amat besaq (besar) tu. korang semua mesti tahu kan.

“Dengarnya waktu 2020 adik Haziq ni ada buat arts work sebab peminat Nabila Razali. Jadi Bella nak video call dan nak tengok reaksi dia,” ujarnya.

Terdahulu ibu kepada Haziq pernah berkongsi foto hasil tulisan tangan Haziq dengan kata-kata ‘I Love Nabila Razali’ di akaun Facebooknya.

Nabila juga ada bertanya kepada Haziq mengenai cita-citanya untuk menjadi apa apabila besar nanti dan Haziq dengan tenang mengatakan dia mahu menjadi seorang Chef.

Penyanyi itu juga sempat menitipkan doa dan pesanan kepada Haziq supaya menjadi anak yang soleh dan impian mahu menjadi chef terkemuka akan tercapai satu hari nanti.

Terdahulu, video mengenai penemuan ular sawa dalam longkang mendapat sejuta tontonan kerana kepetahan Haziq seperti pengulas berita.

Wartawan cilik tular kes jumpa ular terkejut dapat panggilan daripada Nabila Razali

BACA JUGA :
Perodua bakal hasilkan kereta elektrik pada harga mampu milik?
LLM jangka 4.6 juta kenderaan sehari menjelang Tahun Baharu Cina
Cara nak elak semut naik atas meja, hanya guna stoking tak pakai