Warganet bengang melihat aktres jelita biarkan diri dicium di khalayak ramai

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Ramai netizen dan kesal apabila pipi pelakon cantik, Siti Saleha dicium seorang lelaki di sebuah acara, baru-baru ini.

Siapakah gerangan lelaki ‘bertuah’ tersebut? Masalahnya, Siti Saleha dilihat sengaja mengundang kecaman apabila memuat naik video ciuman itu dalam Instagram.

Difahamkan, Siti Saleha atau mesra disapa Sally menghadiri sebuah majlis pelancaran pembukaan butik haruman jenama mewah.

Warganet bengang melihat aktres jelita biarkan diri dicium di khalayak ramai

Tidak sendirian, Sally dilihat ditemani teman lelakinya.

Berduyun-duyun netizen mengkritik dan meluahkan rasa kecewa kerana bagi mereka, Sally seharusnya menjaga batas dan maruahnya sebagai seorang wanita muslim.

“Murah dan mudahnya dia dicium oleh lelaki. Tolong jaga batas dan maruah sebagai seorang wanita cantik beragama Islam,” tegur seorang netizen.

“Cenggitu (macam itu) je dia ‘muah-muah’ kan Sally,” kata seorang lagi netizen.

Entahlah, orang kata berani buat, beranilah tanggung. Diri sendiri yang menuai kritikan. Nanti jangan marah pula kalau ditegur.

DIVA: Sampai sekarang Diva masih tidak boleh ‘hadam’ macam mana Abby Abadi boleh senang-senang terpedaya dengan sindiket pelaburan dalam talian.

BACA: “Aku terlalu gembira dapat kahwin dua, sekali rancangan isteri pertama buat aku terduduk”