Warga JKM juga wajar diberi insentif – Wan Azizah

Warga JKM juga wajar diberi insentif – Wan Azizah

Kenyataan Media Bersama Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail (Ahli Parlimen Pandan) dan Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut) bertarikh 28 Mac 2020

1. Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumum YAB Perdana Menteri petang semalam, kami mengalu-alukan peruntukan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, angkatan pertahanan awam serta RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. Walau bagaimanapun, kami dapati warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang juga terlibat secara langsung dalam pelaksanaan PKP tiada dalam senarai yang diumumkan itu. Mungkin Kerajaan terlepas pandang akan peranan JKM.

3. Kami berharap warga kerja JKM yang terlibat dalam pelaksanaan PKP ini juga akan menerima elaun khas ini.

4. Warga kerja JKM yang menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan PKP perlu diiktiraf sebagai petugas barisan hadapan dan dengan itu Kerajaan perlu menyediakan peralatan perlindungan yang sesuai untuk mereka demi melindungi mereka daripada Covid-19.

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail
Ahli Parlimen Pandan

Hannah Yeoh
Ahli Parlimen Segambut

COMMENTS