Warga emas ditemui mati seorang diri dirumah, ahli keluarga sedang dirawat Covid-19

Warga emas ditemui mati seorang diri dirumah, ahli keluarga sedang dirawat Covid-19

Warga emas ditemui mati seorang diri dirumah, ahli keluarga sedang dirawat Covid-19.

“Anak lelakinya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, suami pula di wad biasa selepas disahkan positif Covid-19, saya tidak tahu bagaimana nak beritahu mereka ‘Mak Ngah’ sudah ‘tiada’,” kata Norazlina Md. Daut, 45.

Katanya, ibu saudaranya itu, Rohana Ramli, 74, ditemui telah meninggal dunia di dalam bilik air oleh sepasukan bomba yang menjalankan operasi penyelamatan kira-kira pukul 9 pagi tadi di Bukit Punggur, Alai, di sini.

Pasukan bomba membantu mengangkat jenazah Rohana yang ditemui di dalam bilik air di rumahnya di Bukit Punggur, Alai, Melaka, pagi tadi.

Jelasnya, mangsa tinggal berseorangan setelah suaminya dimasukkan ke Hospital Melaka, manakala anak lelakinya sedang dirawat di ICU selepas kedua-duanya disahkan positif Covid-19.

“Kali terakhir saya dapat berhubung dengan Mak Ngah (Rohana) kira-kira pukul 11 pagi semalam, selepas itu saya ada hubunginya pada petang tetapi panggilan tidak berjawab sehinggalah malam.

“Bimbang dengan keadaan Mak Ngah, pagi tadi saya terus hubungi talian kecemasan meminta memeriksa keadaannya kerana sebelum ini Pak Ngah, anak lelakinya dan menantu serta dua cucu lelaki positif Covid-19,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/21/keluarga-dikuarantin-warga-emas-maut-seorang-diri-di-rumah/

BACA JUGA : Panas !!! Caprice akan buat Live IG malam ini