Warga emas ditemui mati dalam rumah, bau busuk undang curiga orang ramai

Warga emas ditemui mati dalam rumah, bau busuk undang curiga orang ramai

Misteri bau busuk di dalam sebuah rumah di Taman Sri Sayang, dekat sini, terungkai apabila mayat seorang warga emas ditemui terbaring di ruang dapur rumah berkenaan hari ini.

Misteri bau busuk dalam rumah terungkai, mayat warga emas ditemui

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai perkara itu kira-kira jam 8 pagi.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai mengatakan terdapat bau busuk dari dalam rumah berkenaan.

“Pihak bomba menghubungi polis untuk tindakan kebenaran membuka pintu rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut jurucakap itu lagi, selepas dibuka menggunakan peralatan khas, didapati terdapat seorang mangsa terbaring di bahagian dapur.

Katanya, mangsa seorang lelaki berumur 74 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/misteri-bau-busuk-dalam-rumah-terungkai-mayat-warga-emas-ditemui-305517

JANGAN TERLEPAS : Panas !!! Ayob Khan kena saman isu dakwaan menyamar Peguam Sultan