Wanita terkena gangguan misteri ‘teddy bear’

Wanita terkena gangguan misteri ‘teddy bear’. ANAK patung ataupun ‘teddy bear’ sememangnya menjadi pilihan ibu bapa untuk diberikan kepada anak-anak sebagai teman sepermainan.

Namun adakah ‘teddy bear’ ini dibenarkan disimpan di dalam rumah?

Sekiranya ia melibatkan permainan kanak-kanak kecil yang tidak diagungkan atau dimuliakan, ia dianggap sekadar barang permainan kanak-kanak.

Wanita terkena gangguan misteri 'teddy bear'

‘Teddy bear’ itu dibakar dan dimusnahkan NorHezri sejurus pulang dari rumah pesakit. – Foto Pa&Ma.

Ia kerana sikap kanak-kanak bermain adakalanya mereka melempar patung tersebut dan meleraikan anggota patung mainan.

Maka, ia dibolehkan dengan syarat ia bukanlah patung yang besar dan hanyalah semata-mata patung kanak-kanak.

Pun begitu, kita disyorkan supaya mengelakkan permainan patung itu supaya tidak menimbulkan perkara yang boleh membawa kepada perasaan pemujaan dan sebagainya.

Gangguan Teddy Bear 1

Sama-sama kita hayati hadith ini

Terdapat larangan dalam beberapa hadith mengenai menyimpan dan meletakkan patung di dalam rumah serta mengukirnya.

Rasulullah SAW bersabda:
لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ

Maksudnya: Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.

Hadith riwayat al-Bukhari (3225) dan Muslim (2016)

Rawatan pagi ini rawatan berjalan seperti biasa, tiga orang pesakit hadir menerima rawatan.

Usai rawatan pesakit terakhir, saya menerima satu mesej rawatan kecemasan di mana seorang wanita berusia hujung 20an sedang kerasukan dirumahnya.

Kerasukan yang bermula pada pagi sehingga tengah hari tanpa henti. Seperti biasa, sebelum ke rumah pesakit tersebut, beberapa soalan diajukan bagi memastikan keadaan pesakit dan persediaan yang perlu dilakukan.

“Boleh saya tahu ini siapa ya.”

“Saya Ahmad, adik pesakit yang ustaz rawat semalam.”

“Ok, kenapa dengan kakak?”

“Dari pagi tadi kakak menjerit-jerit, kaki dan tangan jadi keras dan bergerak tidak boleh dikawal”

“Baik, InsyaAllah saya akan datang pada jam 3:30pm, jangan layan apa yang kakak cakap dan perhatikan gerak geri dia sehingga saya sampai.”

Dalam kepala berfikir macam-macam. Pesakit ini balik daripada pusat rawatan semalam dalam keadaan tenang, tetapi apabila balik kerumah jadi semakin teruk.

Mesti ada sesuatu di rumah pesakit ini, hati saya terdetik.

Bismillah, perjalanan lebih kurang 25 minit dari pusat rawatan ke rumah pesakit dimulakan.

3:45pm saya sampai kerumah pesakit tersebut bersama dengan Ahmad (adik pesakit). Keadaan di rumah tenang, kakak yang tadinya kerasukan masih berada di dalam bilik.

Keluarga pesakit telah menunggu di bawah, tidak lama kemudian pesakit turun dari biliknya dalam keadaan resah dan separa sedar. Saya meminta pesakit duduk menghadap ke arah kiblat dan sesi ruqyah dimulakan di hadapan keluarganya.

Surah Al Fatihah dibacakan dan pesakit terus meraung menjerit tidak selesa.

“Kenapa kau datang tempat aku! Aku nak dia mati!”

“Di mana tempat kamu? Dengan izin Allah dan kehendak Allah, tunjukkan di mana?

“Sana!” pesakit menunjukkan arah di dapur dan bilik.

Tanpa berlengah, saya terus ke dapur dengan membawa sebekas air. Beberapa potongan ayat Ruqyah dibacakan antaranya dari surah Al Baqarah, Al Hasr, Al Mukminun, Ar Rahman, dan Muawwizat. Jam menunjukkan 4:32pm, tepat pada waktu asar.

Azan dikumandangkan ditengah-tengah rumah tersebut, pesakit semakin aggresif dan tidak keruan. Selesai azan, air yang telah diruqyah tadi dipercikkan sekitar dapur dan saya naik ke bilik pesakit tersebut bersama Ahmad.

Mata saya tertumpu pada satu patung ‘teddy bear’ yang besar sewaktu merenjis air dalam bilik tersebut. Mata patung ini bagai memerhatikan gerak geri saya.

Saya membawa patung ini turun ke bawah, serta merta pesakit ini merayu.

“Jangan apa-apakan dia. Itu tempat aku. Aku sudah lama duduk di situ. Aku temankan dia. Aku kawan dengan dia.”

Dengan lantang saya berkata “Berpindahlah kamu wahai makhluk Allah! Sebelum patung ini dimusnahkan!”

Ruqyah terus dibacakan pada pesakit selama 20 minit dan dengan izin Allah, pesakit sedar dalam keadaan yang lemah.

Saya meminta izin pada pesakit dan keluarga untuk musnahkan patung ini dan mereka membenarkannya.

Sebelum patung ini dimusnahkan, saya bertanya pesakit beberapa soalan.

“Sayang ke dengan patung ini?”

“Dia seperti anak saya,” sehingga menggelarkan dirinya ‘mama kepada patung tersebut.

“Dia tempat saya meluahkan perasaan, dia tempat saya mengadu semua perasaan saya”

“Dia faham perasaan saya. Saya dapat rasakan dia ‘hidup’.”

Nasihat dan panduan terus diberikan pada pesakit ini. Jin telah menetap pada patung tersebut sehingga pesakit merasakan patung tersebut hidup.

Patung ini akhirnya dibakar dan pesakit dapat merasakan sesuatu yang amat berbeza di dalam dirinya.

Gangguan Teddy Bear 2

Setelah pesakit sedar dan pulih daripada kerasukan bermula sesi perbualan antara saya bersama pesakit.

“Istimewa sangat ke teddy bear ini?”

”Saya sudah anggap dia anak saya, setiap hari saya bercakap dengan dia, saya meluahkan perasaan kepadanya.”

“Astaghfirullah, kita ada Allah, kita luah pada Dia, bukan pada patung ini. Syaitan suka kita berbuat begitu. Teddy bear ini sudah menjjadi sarang syaitan.”

Pernah terjadi satu peristiwa, ‘teddy bear’ ini beralih sendiri dari atas katil ke bawah katil.

Pesakit ini juga mengakui dan melihat ‘teddy bear’ ini bergerak sendiri seperti hidup.

Antara gangguan yang dihadapi oleh pesakit ini adalah sering merasa gatal di seluruh badan. Dia juga menjadi seorang yang panas baran dan sangat sensitif.

‘Teddy bear’ ini dibakar dan dimusnahkan sejurus pulang dari rumah pesakit.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, pesakit tidak lagi merasa gatal-gatal di tubuhnya, menjadi seorang yang lebih tenang dan penyabar.

Semoga dengan pengalaman dan kisah ini dapat dijadikan iktibar serta pengajaran:

✅ Sentiasa memohon perlindungan Allah dengan mengamalkan zikir pagi dan petang yang Shahih
✅ Sentiasa mengadu pada Allah yang Maha Mendengar serta Maha Mengetahui
✅Tidak menyimpan anak patung untuk dijadikan sebagai hiasan dan “kawan”
✅ Kebiasaanya patung-patung ini menjadi sarang dan tempat tinggal jin hikmah.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/gaya-hidup/terlalu-sayangkan-teddy-bear-wanita-terkena-gangguan-misteri-322185

BACA JUGA : Terkini !!! Rentas negeri akan dibenarkan pada bulan Oktober

Artikel ini disiarkan pada 29/09/2021

COMMENTS

Wordpress (0)