Wanita terkejut bila intai cara pengasuh ini jaga anaknya, “tak sangka..”

Wanita terkejut bila intai cara pengasuh ini jaga anaknya, “tak sangka..”. Aku Auni, 33 tahun, kakitangan kerajaan yang bekerja di hospitaI dan merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak, Aina, Adam dan Airis. Cerita ini berkisar mengenai anak aku Aina semasa kecil (bertahun yang lalu).

Semasa Aina berumur 3 bulan, aku decide untuk hantar dia dekat pengasuh, bukan taska. (sebab aku kerja ada syif and taska takde yang boleh jaga sampai malam). 1) Penjaga yang pertama. (1st babysitter). Liza, ibu kepada 2 orang anak kembar berusia 2 tahun, dia ni pengasuh dan suri rumah sepenuh masa.

Aku dapat nombor telefon dia dari iklan Group Pengasuh FB. Dia takde anak asuhan lain, jadi aku hantar Aina pada Liza. Dari awal, aku dah maklum yang aku perIukan pengasuh yang boleh handle susu ibu untuk diberi dekat Aina dan dia kata dia boleh lakukannya.

Wanita terkejut bila intai cara pengasuh ini jaga anaknya, "tak sangka.."

Dengan bayaran RM450, dia perlu asuh selama 8 jam (12 tengahari – 8 malam bila aku kerja pada waktu malam dan esoknya 9 pagi – 5 petang aku bekerja syif pagi).

Cuti umum serta Sabtu Ahad kalau aku kena kerja, suami aku yang akan jagakan Aina.

Aku ni, tak pernah ambil anak lewat sebab aku rindukan anak dan dalam masa sama, aku nak pengasuh dapat berehat. Kalau balik petang, aku terus ambil, macam tu juga bila aku habis kerja malam. Takde fikir nak balik tukar baju dulu ke apa, sebab anak segalanya buat aku dan suami (Kami tunggu zuriat lama).

Dipendekkan cerita, ada sekali tu aku datang rumah dia secara mengejut untuk ambil Aina awal, lepas selesai kerja.

Liza kant0i sebab dia bagi susu tepung anak dia yang berusia 2 tahun tu dekat Aina dan dia tak bagi susu ibu yang aku dah bekalkan.

Wanita terkejut bila intai cara pengasuh ini jaga anaknya, tak sangka..

Tau tak penatnya aku cari masa nak pam susu? Yela sedih sebab barang aku dah sediakan, ice box berisi botol susu dilabel dan beberapa pek ais gel (untuk kekalkan susu sejuk dalam 8 – 9jam, aku jenis segan nak tumpang peti sejuk pengasuh),

Warmer (untuk panaskan susu), berus botol susu, pencuci botol susu, alas lapik dagu semasa menyusu, tisu, baby wipes, pampers, tilam, bantal, mandian dan pelbagai lagi. Semuanya semata tak nak susahkan pengasuh. Tapi betul lah apa orang kata, bila ibu bapa buat baik, pengasuh pula yang buat hal dan begitu juga sebaliknya.

Sebab payah nak cari pengasuh area tempat aku ni, nak tak nak sebulan juga la Aina dekat situ. Lepas tu, aku tekad dah bayar upah dia, aku cari pengasuh yang lain. 2) Penjaga yang kedua. (2nd babysitter). Kak Timah, ibu kepada 3 orang anak perempuan masing – masing berusia 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun.

Merupakan pengasuh dan suri rumah sepenuh masa. Ada mengasuh seorang anak asuhan lelaki berusia 4 tahun. Dia ni di recommend oleh guard hospitaI tempat aku kerja. Dia yakinkan aku yang isterinya boleh jaga Aina selain nak tambah pendapatan isi rumah.

Macam biasa, aku memaklumkan Kak Timah berkenaan pemberian susu ibu kepada Aina. Dia kata ok dah biasa buat memandangkan dia pun ada mengasuh anak orang lain pada masa yang sama. Aku bekalkan barang – barang selengkapnya dan setiap pagi aku belikan sarapan, kadang – kadang nasi lemak, kuih muih, sebab aku ikhlas nak ringankan urusan harian dia supaya seharian boleh fokus menjaga anak – anak sahaja.

Selain tu, aku juga ada gunakan khidmat runner untuk hantarkan makan tengahari pada Kak Timah. Kadang – kadang terbaca di status whatsappnya, dia menjual lauk pauk, ada jiran order kuih dari dia, aku pun mula terfikir, bukan ke sibuk kalau dah nak kena siapkan kuih jualan lagi, belon birthday surprise lagi jualan lagi, jaga anak asuhan lagi? Masih husnuzon.

Hari – hari yang aku hantar Aina, kerap saja paket susu ibu akan ada baki. Aku letak 3 oz setiap 1 paket. Kalau bagi 5 paket untuk tempoh 8 jam aku kerja tu, mesti 1 saja yang dia guna. Logik ke tak? Dia kata membazir, bukak satu je.

Katanya Aina minum sikit, katanya Aina tak nak minum langsung dan sebagainya. Weh, anak aku dah nak masuk 4 bulan, kalau pegi jalan – jalan pun memang 3 oz sekali dia minum. Dengan kak Timah, tiap kali aku ambil, Aina akan menangis macam lapar seharian.

Ternyata, keputvsan hantar Aina kali ni umpama keluar mulut harimau, masuk mulut buaya. Genap 5 hari aku hantar Aina, Runner yang biasa hantarkan makanan tengahari maklumkan melalui wasap, yang dia selalu dengar tangisan bayi.

Dia syak anak aku sebab aku bagitau yang makanan dia selalu hantar tu untuk pengasuh anak aku. Anak aku dekat rumah tu. Dia sarankan supaya aku datang untuk tengok sendiri. Aku ambil keputvsan untuk pergi hari yang sama runner tersebut bagitau aku.

Aku park kereta jauh dan aku berjalan kaki ke rumahnya. Alangkah terk3jutnya aku bila dari jauh aku dengar Aina menangis meraung, aku cepatkan langkah dan lalu tepi tingkap rumah dia, aku tengok Aina ada atas lantai tikar getah.

“Aku terkejut bila intai apa pengasuh dah buat kat anak aku…” cara pengendalian susu ibu untuk pengasuh pengasuh bayi pengasuh in english

Aku terkedu, kenapa tak beralaskan tilam yang aku bagi? Laa, lagi dua anak perempuannya tengah meniarap atas tilam yang aku beri khas untuk Aina tidur. Mata aku meliar dan ternampak Kak Timah tengah duduk atas kerusi sambil memegang Tab dan buat video call dengan seseorang mengatakan dia kebosanan.

Aku terus ke depan pintu rumahnya. Dengan keadaan pintu rumah bertutup rapat, aku beri salam dan ketuk berulang kali barulah dia buka pintu dengan wajah terk3jut. Aku meluru masuk dan ambil Aina yang sedang melalak kelaparan.

Sempat aku terpandang dalam bekas berisi barang Aina, satu pek susu pun belum dibuka. Astaghfirullah. Pedihnya mata, sesaknya d4da. Antara nak nangis dan nak marah, aku pilih untuk bangun, bawa Aina keluar dan call suami.

Suami pun beristighfar. Dia tanya apa perlu kita buat? Aku katakan tak mahu hantar lagi ke situ. Aku nak kita ambil barang – barang Aina esok hari juga dan aku akan cuti untuk cari pengasuh lain. Esoknya, aku dan suami ke rumah Kak Timah.

Macam dah jangka, Kak Timah langsung tak keluar rumah dan hanya ada anaknya berusia 7 tahun di ruang tamu bersama barang – barang Aina yang dah diletakkan di pintu rumahnya. Kali ni, aku berikan separuh saja duit bulanan memandangkan dia tak jaga penuh sebulan dan tak menjaga Aina dengan baik.

Aku agak kecewa sebab dia langsung tak nak keluar untuk menjelaskan, minta maaf ataupun mesej aku lepas kejadian tu. 3) Penjaga yang ketiga. (hantar Taska). Disebabkan kepayahan dan aku trauma nak hantar Aina ke pengasuh, aku hantar ke taska.

Ada dua orang ‘cikgu’ penjaga taska tu dengan 16 orang budak dari 1 tahun – 6 tahun. Aina dan lagi dua bayi antara yang berumur 3 – 6 bulan. Bayar mahal tapi aku rasa biarlah berbaloi. Cuma suami aku kena berk0rban jagakan Aina bila aku kena kerja malam sebab Taska sampai petang je.

Suami aku kata ok sebab Aina masa tu pun dah start makan solid food. Hari pertama aku hantar, aku rasa tak sedap hati. Gelisah je. Bila aku ambil dia petang tu, aku tengok mulut Aina pecah berdarah, pipi lebam. Aku tanya penjaga situ, dia jawab dengan muka selamba, “jatuh kot, entah”.

Aku pun, takkan lah dorang buat apa – apa, ada cctv kan. Then hari lain, sebelum aku park dekat taska, aku sempat tengok dua orang penjaga tu elok bersembang luar taska. Bila aku keluar dari kereta, dorang terkejut, masing – masing masuk taska.

Aku terfikir, sape yang jaga budak – budak kalau penjaganya duduk luar? Takpelah, mungkin dorang keluar kejap je. Tapi tak, hari lain pun macam tu. Ada satu hari, aku ambil Aina, dia nangis bila aku dukung dia dekat lengan dia sakit.

Aku selak, aku tengok ada kesan gigitan. Sebesar gigitan budak kecik. Aku tanya lagi penjaga taska situ. Dia jawab tak pasti. Eh, bukan ke bayi dan kanak – kanak diasingkan? Macam mana boleh ada yang gigit kalau bukan sebab ada orang yang turunkan bayi dari baby cot?

Wanita terkejut bila intai cara pengasuh ini jaga anaknya, “tak sangka..”

Tapi bodohnya aku masa tu cuma monolog dalam hati. Selang beberapa hari, masa mandikan Aina, ada dua kesan Iebam. Bila aku amati, memang macam orang cubit, dua jari size orang dewasa. Aku tanya penjaga tu, dia kata, “Tak tahu la, budak – budak kan main macam – macam,”.

Aku mesej manager taska dan minta nak tengok cctv. Mula – mula tangguh, lepas tu kata ada prosedur nak tengok cctv la apa la. Macam – macam alasan dia bagi.

Penyudahnya dia kata cctv rosak dan dia akan refund separuh yuran taska.

Wanita terkejut bila intai cara pengasuh ini jaga anaknya, “tak sangka..”

Hari yang sama dia remove aku dari group parents yang hantar anak ke taska tu. Dengan takde minta maaf, aku betul – betul kecewa dengan servis dorang. Anak aku trauma menangis malam – malam. Mula lah pencarian aku dan hala tuju hantar anak semula pada pengasuh, bukan taska.

Sebab m4kin p4rah saja hantar ke taska. 4) Penjaga yang keempat. (pengasuh). Zura, baru berkahwin dan merupakan suri rumah sepenuh masa. Dia kata ada pengalaman jaga anak asuhan masa dia bekerja part time di taska selepas tamat SPM dulu.

Zura jenis yang mahu belajar cara handle susu ibu untuk diberikan pada bayi. Aku ajar dan aku juga bagitau boleh sahaja hubungi aku jika kurang pasti. Sebab susu ibu ni kalau terlebih panas, hilang zat dan rasa bertukar lain.

Suami Zura sukakan kanak – kanak. Aku pernah datang ke rumah Zura untuk ambil Aina dan aku tengok Zura tengah duduk tengok TV sambil suaminya yang pegang susu botol, susukan Aina. Dalam hati aku, mungkin dia baru saja rehat.

Hari lain aku datang, suaminya sedang mandikan Aina, sedang bermain dan mendukung Aina. Aku husnuzon, maybe dia ambil alih jap je. Suatu hari, suami Zura cakap dia kena kerja luar kawasan dan akan pulang lewat malam tak seperti selalunya, pukuI 5 petang dah ada dekat rumah.

Aku ditelefon semasa bekerja, Zura memaklumkan Aina menangis dan dia tak boleh handle. Aku terus minta excuse dekat pejabat dan ke rumah Zura untuk ambil Aina. Aina cuma lapar dan Zura kata dia panik. Sejak tu, Zura makin kerap telefon aku di tempat kerja untuk datang ambil Aina setiap kali suaminya outstation.

Dia seolah tak dapat mengasuh bayi secara sendiri. Aku mula fikir, selama ni aku hantar Aina tu aku bayar upah pengasuh dekat Zura atau si suami dia? Antara alasan dia suruh aku ambil anak masa aku tengah kerja : dia nak ke pasar malam la, dia rasa macam nak demam la, dia rasa suami dia pun macam nak demam la, dia tak boleh handle Aina nangis la, dia ada hal dekat rumah atuk dia la, dia dah janji dengan pakcik dia nak pergi KL la,

Dia nak set up birthday adik dia la, dia kena cod barang make up yang dia jual dekat FB la, macam – macam lagi lah tak larat nak list kan. Aku ni kerja syif, kalau hal tu perlu lakukan waktu pagi, kenapa tak boleh buat masa aku kerja syif malam?

Aku rasa kesabaran aku dah m4kin tipis. Kelakuan dia menyebabkan majikan aku dah bagi amaran. Tak boleh kerap sangat keluar ambil anak masa tengah kerja. Dalam seminggu tu boleh kata 2 – 3 kali akan keluar ambil. Kalau sebulan? Kerja terganggu.

Suami suruh aku sabar memandangkan payah nak jumpa pengasuh. Ok aku sabar. Tapi peristiwa yang buat aku geram, aku ada meeting pukuI 8 pagi. Selalunya aku akan masuk kerja 9 pagi. Aku dah maklumkan sehari awal. Zura kata ok.

Esoknya aku pergi rumah dia, dia takde. Aku bagi salam banyak kali, pagar berkunci. Aku call, tak jawab, aku mesej, tak baIas. Penyudahnya aku tebalkan muka, bawa anak aku masuk meeting sampai bos menyinga saja dengar Aina nangis.

Dua jam kemudian dengan takde rasa bersalah, takde call, dia baIas mesej aku, dia cakap, “eh Auni ada call Zura ek? Sebab Zura silent phone tadi, dekat kedai sarapan dengan suami sebelum dia pergi kerja.”. Aku tak baIas. Aku geram.

Lepas tu mula la lagi kisah setiap pagi aku nak hantar Aina, Zura bangun lambat, aku macam tunggul tunggu dia bukak pintu dan macam – macam lagi. Dan eg0 dia bukan kepalang. Dah buat salah, minta maaf pun tak. Kadang – kadang aku fikir, apa lagi yang tak kena, aku cuba anggap pengasuh macam ahli keluarga, beli macam – macam, belanja makan, bayar full.

Dan aku tak pernah suruh dorang basuh baju anak aku. Bila Aina dah start makan, aku bekalkan. Siap pesan tak payah basuhkan bekas makanan tu nanti aku basuhkan dekat rumah. Letak saja dalam bekas. Susu Aina pun 5 botol aku letak so that dia panaskan je, tak payah susah – susah cuci.. tetap juga kami dilayan macam ni..

Aku dah str3ss, dengan kena marah dekat tempat kerja, dengan pengasuh anak buat hal, suami kata better cari pengasuh lain. Please cari jenis makcik – makcik lepas ni. 5) Penjaga yang kelima. (pengasuh). Kak Mona, 40 tahun, suri rumah, ada 3 anak, anak paling kecik ialah darjah 4 dan ada 2 anak asuhan. Termasuk Aina, 3 anak asuhanlah.

Kak Mona akui awal – awal yang dia tak reti handle susu ibu so aku prepare susu formula since aku pun dah penat mencari pengasuh lain. Kak Mona ni, aku hantar masa Aina dah start makan. Kak Mona tak masak untuk anak asuhan yang lain.

So makanan yang aku bekalkan untuk Aina selalu saja habis dekat mulut anak asuhan lain. Separuh hati aku pujuk, dapat pahala bila bagi anak orang lain makan, dalam masa yang sama, aku sedih sebab anak sendiri tak dapat jamah.

Apa ibu bapa dorang buat, sampai bekal anak pun tak bagi? Aku pun rushing tapi tu bukan alasan tak bekalkan makanan. Kak Mona ni, bagi aku, attitude dia ok. Cuma dia memang ada side bisnes jual makanan juga (masa aku nak hantar Aina, dia tak bagitau dia buat side bisnes).

So bila dia busy, dia tak mandikan budak. Aku memang hantar anak pagi dah siap mandi. Tak pernah lagi hantar tak mandi atau ‘sekali dodol’. Bila aku hantar anak aku pagi, baju tu jugak lah petang nanti aku akan jemput.

Kadang – kadang pakej pampers tak berganti, 8 jam, hmm. Bak kata suami, sabarlah, janji tak Iebam macam masa hantar di taska, dah la. Aku buntu, nak cari pengasuh macam mana lagi. Aku faham takde siapa yang sempurna, aku usaha permudahkan urusan orang lain, aku harap dapat orang yang akan mudahkan urusan aku.

Siang malam aku menangis minta Allah bimbing apa patut aku buat. Aku sayangkan anak, dalam masa sama aku sayangkan kerja yang stabil. Aku buat keputvsan nak berhenti kerja dan fokus pada jadi agen / dropship je.

Suami support walau pada awal kami struggIe dari segi kewangan. Alhamdulillah sekarang aku jaga anak – anak aku sendiri. Kalau dulu bila post iklan mencari pengasuh dengan ciri – ciri : Ada sijil JKM, boleh handle susu ibu, tak ada anak asuhan ramai, aku dikecam di Group FB yang mana pengasuh juga merupakan adminnya dan ramai pengasuh di FB yang mengatakan aku cerewet dalam mencari pengasuh.

Secerewet aku, aku tak pernah masuk tandas untuk check tahap kebersihan seseorang itu, memadai lah dengan aku percayakannya yang mana kebaikan aku dibaIas kejahatan semata. Kini aku bahagia lihat anak – anak membesar.

Cukuplah aku trauma dengan anak pun trauma dihantar pada ‘penjaga durjana’ yang mengasuh hanya sebab wang dan kemudian lepas tangan. Ketahuilah, tak semua ibu bapa luar sana lepas tangan pada pengasuh, ada juga pengasuh yang berper4ngai teruk.

Moga jadi iktibar buat semua ibu bapa di luar sana, kadangkala kita kena alert dan pr0tect anak kecil. Doakan aku dapat jaga anak – anak aku sehingga akhir hayat aku.

Komen Warganet :

Keyla Shukor : Kalau la saya dapat puan sebagai parents anak asuhan saya, alangkah bersyukurnya. Saya dapat parents yang tak ok sampai saya takut nak mengasuh lagi. Ada yang ok, ok. Alhamdulillah. Yang tak ok tu memang buat saya str3ss sampai satu tahap saya menangis geram.

Sy tak pernah lepas geram kat anak – anak dia sebab sy selalu fikir, masa depan saya jauh lagi. Saya ada anak. Ada suami. Tak mungkin saya buat pelik – pelik. Saya tak nak masuk penjara sebab seorang budak. Saya juga ada anak dan mungkin saya ada rezeki bekerja, saya terpaksa hantar anak ke pengasuh, takut anak pula jadi m4ngsa.

Suhaira Ramli : Anak aku hantar taska dah besar (hantar transit lepas tadika) tapi jadi kuIi cikgu. Anak aku tukang mandikan budak, bagi budak makan (sebab badan dia besar dari usia). 1 hari anak aku lambat mandikan budak, cikgu tolak jatuh berd4rah kaki anak aku. Darah anak keluar, d4rah mak naik ke kepala. Darah cikgu pon meleleh kat hidung aku bagi penvmbuk. Sekian.

Nurafizah E.c : Allahu.. Sedih baca confession ni. Dapat bayangkan perasaan sorang ibu bila tengok anaknya tak terjaga. Alhamdulillah sepanjang saya tukar pengasuh dan taska semua baik – baik. Sangat – sangat membantu saya dan anak – anak.

Mungkin tu rezeki saya. Sampai kadang – kadang pengasuh offer lagi tinggalkan anak dengan dia if nak jalan – jalan. Taska pula semua penjaga dan owner sangat baik.

Dengan sop dan kebersihan yang tip top masa c0vid ni.

Tonton:

Baca:

Patutlah anak asyik nak handphone ayah, rupanya ada koleksi video ‘ranjang’

ASNB umum had pengeluaran online dinaikkan ke RM2,000 sebulan

Dilahirkan sebagai perempuan, gadis ini dimaki dan diludah sejak bayi oleh mak sendiri

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)