Wanita terkejut anak tunjuk lokasi ‘Hantu Kopek’

Wanita terkejut anak tunjuk lokasi ‘Hantu Kopek’.Seorang wanita percaya anaknya disorok oleh ‘wewe gombel’ atau ‘hantu kopek’ selepas kanak-kanak itu hilang seketika selama dua hari di Depok, Jawa Barat.

Dewi Indriani, 38, menceritakan, anaknya menjadi pendiam dan sering gelisah selepas ditemukan dan dibawa pulang ke rumah.

“Anak saya enggan masuk ke dalam rumah, tidak benarkan saya memeluknya dan juga sering bercakap tentang perkara yang kami tidak fahami.

“Anak saya juga menunjukkan arah tempat dia ditemukan dan memberitahu dia mahu pulang ke tempat itu,” katanya.

Jelas Dewi, anaknya yang berusia enam tahun itu juga sering termenung dan sering tidur.

Terdahulu, Dewi menzahirkan kebimbangan selepas anaknya dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumah selama dua hari.

Dia dan penduduk kampung melakukan pencarian namun tidak menemui anaknya.

Selepas dua hari dan mendapatkan bantuan seorang ustaz, kanak-kanak lelaki itu akhirnya ditemukan di kawasan semak dalam keadaan lemah dan keliru.

Wewe gombel merupakan makhluk halus yang sering menyembunyikan kanak-kanak mengikut kepercyaan masyarakat Jawa.

Sementara itu, Dewi memaklumkan, keadaan anaknya semakin pulih dan ceria.

BACA: Lelaki disahkan meninggal dunia tiba-tiba ‘hidup semula’ di bilik mayat

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: Wanita terkejut anak tunjuk lokasi ‘Hantu Kopek’ […]