Wanita tayang alat sulit ketika buat live online dalam keretapi

Wanita tayang alat sulit ketika buat live online dalam keretapi

Wanita tayang alat sulit ketika buat live online dalam keretapi. Seorang wanita ditahan polis selepas melakukan aksi tidak senonoh menayang bahagian sulitnya secara langsung di platform penstriman ketika menaiki kereta api bawah tanah, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Perbuatan Liu, dari Bandar Huazhou dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup ( CCTV) yang menunjukkan dia mengangkat gaun dan menampakkan seluar dalamnya ketika menaiki kereta api bawah tanah pada Mei lalu.

Rakaman yang dikeluarkan oleh polis itu menunjukkan penumpang berusia 38 tahun itu duduk di sebelah dua penumpang dalam gerabak yang agak sesak.

Dia mengarahkan kamera telefon pintarnya ke celah kakinya sebelum mengangkat gaun dan memusingkan kamera ke bahagian alat sulitnya.

Wanita

Liu kemudian memberitahu penonton siaran langsungnya untuk memberikan dia ganjaran kerana berani menayang bahagian suitnya kepada mereka.

Seorang wanita di China ditahan polis selepas melakukan aksi tidak senonoh menayang bahagian sulitnya secara langsung di platform penstriman ketika menaiki kereta api bawah tanah

“Saya berasa gembira selagi anda semua menikmati pertunjukan ini,” kata Liu menerusi video tersebut.

Menurut Polis Nanning Metro, Liu ditahan di Daerah Luchuan, Guangxi pada 27 Mei lalu dan didakwa dengan satu tuduhan memperbanyak, menerbitkan, menjual atau menyebarkan maklumat elektronik pornografi demi mengaut keuntungan melalui internet.

Kes ini masih di bawah siasatan polis bagi mengenal pasti tujuan utama penstriman langsung itu dilakukan.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/19/buat-penstriman-langsung-tayang-miss-v-dalam-kereta-api/

jika Terlepas: PRU tak sesuai dibuat sekarang, kata Nik Amar