Wanita menangis teresak-esak bila ‘kantoi’ tidur sebantal dengan lelaki yang merupakan suami orang bertitle ‘ustaz’

Wanita menangis teresak-esak bila ‘kantoi’ tidur sebantal dengan lelaki yang merupakan suami orang bertitle ‘ustaz’

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai kisah seorang lelaki tampil mendedahkan sikap kekasihnya yang telah berlaku curang dengan 6 lelaki.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok itu, wanita itu dilihat menangis teresak-esak ketika ‘kantoi’ tidur sebantal dengan lelaki oleh teman lelakinya dalam sebuah rumah.

Wanita menangis teresak-esak bila 'kantoi' tidur sebantal dengan lelaki yang merupakan suami orang bertitle 'ustaz'

Bercerita dengan lebih lanjut, lelaki tersebut mendakwa kekasihnya itu sudah berkali-kali main kayu tiga di belakangnya sejak dari tahun 2021 lagi.

Tahun 2021 pertama kali dia kantoi curang dan berjalan dengan seorang ustaz, saya masih maafkan. Kali kedua pada bulan Disember, dia mesej dengan bekas suaminya panggil sayang. Kali ketiga tahun 2022, dia pergi apartment dengan pemandu. Tetap juga saya maafkan.

Lebih menyedihkan apabila wanita itu turut menjalinkan hubungan bersama rakan teman lelakinya itu.

Pada Mac 2023, lelaki tersebut akhirnya mendapat tahu bahawa teman wanitanya itu sebenarnya telah pun bergelar isteri orang.

Dia kemudian minta bantuan saya untuk lepaskan dia dari suami (pemandu) itu dan saya tolong.

curang 6 lelaki

Kami kemudian berbaik, tetapi seminggu kemudian, dia lagi sekali buat hal dan ditangkap tidur dengan seorang lelaki di rumah sewanya.

Setelah ditipu berkali-kali, lelaki itu kemudiannya mengundur diri dan membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil meluahkan rasa geram dengan tindakan wanita tersebut dan berharap agar lelaki tersebut dapat bertemu dengan insan yang lebih menghargainya selepas ini

BACA:

Niat murni wanita ini bertukar tragedi ketika cuba selamatkan kucing terperangkap celah dinding, sekali wanita ini pula tersepit