Wanita Malaysia diburu Polis Korea kerana disyaki curi RM53 juta milik kasino

Wanita Malaysia diburu Polis Korea kerana disyaki curi RM53 juta milik kasino

Sebuah kasino, Landing Casino yang terletak di Jeju mengalami kerugian apabila wang berjumlah 14.56 bilion won (RM53.7 juta) telah hilang secara misteri. Kini, pihak polis Korea Selatan sedang memburu seorang wanita warga Malaysia berhubung insiden tersebut.

Menurut laporan, wanita tersebut merupakan salah seorang kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan dana dari premis berkenaan. Malah, rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) ketika kejadian berlaku telah dipadam.

Ketika ini, kes tersebut masih dalam siasatan dan polis masih memburu wanita yang berusia dalam lingkungan 50-an itu. Pihak Landing International Development Ltd. iaitu pemilik firma Hong Kong dan merupakan pengendali sebuah resort terbesar di Korea iaitu Jeju Shinhwa World masih yakin kesemua wang tersebut masih berada di sekitar Jeju.

Ini kerana agak mustahil untuk membawa keluar dan melepasi pelabuhan atau lapangan terbang wang seberat 280 kilogram tersebut.

Berita penuh : https://www.thevocket.com/curi-duit-bernilai-rm53-juta-dan-padam-rakaman-cctv-wanita-warga-malaysia-diburu-polis-korea-selatan/