Wanita mahu jual rumah hanya RM300 kerana tak tahan dengan jiran, lelaki ini mahu beli tapi terkejut dengan jiran tersebut

Wanita mahu jual rumah hanya RM300 kerana tak tahan dengan jiran, lelaki ini mahu beli tapi terkejut dengan jiran tersebut.Baru-baru ini tular mengenai seorang wanita yang mahu menjual rumahnya dengan harga cuma RM292 (1 juta rupiah) sahaja. Sudah pasti sesiapa yang mendengar tawaran itu mesti ramai yang tertarik untuk membelinya bukan?Tak Selesa Dengan Jiran Sebelah, Wanita Mahu Jual Rumah Besar Dengan Harga Rendah Dari RM300 – sajagempak.com

Menurut wanita dari yang juga pemilik rumah tersebut, dia mahu menjual rumahnya kerana tidak selesa dengan jiran di sebelahnya.

Seorang lelaki yang berminat dengan rumah itu pun berjumpa dengan wanita yang dipanggil Puan Siti selaku pemilik rumah tersebut. Sambil membuat rakaman video, lelaki ini pun berjumpa dan bercakap dengan Puan Siti.

“Puan Siti, katanya nak jual rumah dengan harga sejuta (1 juta rupiah) ya?” tanya lelaki itu.

Lelaki itu berasa teruja dan kagum ketika meninjau keadaan rumah yang hendak dijual itu, ternyata rumah berwarna cream dicampur dengan warna biru itu mempunyai ukuran yang luas dan berlantai seramik.“Mak aih, besar betul rumah ni,” ujarnyaTak Selesa Dengan Jiran Sebelah,

Ketika ditanya mengapa rumah itu hendak dijual, Puan Siti memberikan alasan dia tidak selesa dengan jiran sebelahnya. Oleh kerana tertarik dengan keluasan rumah itu, lelaki ini pun membuat keputusan untuk membeli rumah tersebut dan segera menyerahkan wang pendahuluan 50 ribu rupiah (RM14.60).

Walaubagaimanapun, kemudiannya apabila melihat jiran yang dimaksudkan oleh Puan Siti, lelaki ini segera menukar fikirannya. Eh mengapa pula?

Rupanya jiran yang dimaksudkan itu ialah kawasan kubur yang terletak bersebelahan dengan rumah tersebut!Tak Selesa Dengan Jiran Sebelah, Wanita Mahu Jual Rumah Besar Dengan

“Peh! Kawasan kubur! Patutlah puan rasa tak selesa. Aduh! Tak jadilah nak beli, terima kasih puan,” katanya yang terus angkat kaki berlari meninggaIkan rumah itu.

Sejak dimuat naik, video itu telah ditonton lebih 4 juta views dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya juga menolak untuk membeli rumah tersebut meskipun harganya tersangat murah. Ada yang beritahu jangankan sejuta rupiah, diberi percuma pun tidak mahu.

BACA JUGA :Netizen perasan penonton jelita belakang Shuib seiras arwah Siti Sarah
Bubar DUN : MB bakal menghadap Sultan Johor petang ini?

CATEGORIES