Pengurusan tali pusat dan uri bayi baru bersalin sememangnya ada diajar dalam Islam.
Ini bagi mengelakkan sebarang perkara khususnya berkaitan entiti lain menumpang dan memberi kesan kepada kehidupan bayi.
Seorang wanita berkongsi kisah benar tentang kesilapannya menguruskan tali pusat yang kemudian menyedarinya.
Ikuti kisah beliau di bawah.
Selama sembilan tahun ini, saya dengan terkejut sedar bahawa rumah ini menyimpan rahsia yang mengejutkan – sebuah tempat yang selama ini dianggap biasa, namun sebenarnya menjadi tempat kediaman entiti yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.
Pengalaman seperti ini mungkin terlihat seperti cerita seram, tetapi inilah kisah sebenar yang telah terjadi selama sembilan tahun dalam kehidupan saya.
Rupanya selama ni sudah 9 tahun sis simpan rumah jin dalam rumah.
Ni tali pusat kedua dua anak sis.
Baru tadi kena bakar atas dapur gas. Hangus dah rumah jin ni. Aduhai.
Ada seorang akak ni bagitau, katanya kalau berubat ruqyah banyak kali pun, kalau dekat rumah ada simpan tali pusat anak, tetap tak hilang ‘penyakit’ bawaan sihir ni.
Kita simpan rumah ‘dia’. Kalau kena ruqyah, benda tu akan balik ke situ.
Sebab masa manusia lahir, akan ada sekali qarin dengan anak tu.
Dia duduk dekat tali pusat ni.
Jadi, lepas tali pusat bayi tanggal dalam 10-15 hari kelahiran, kena bakar sambil membaca ayat kursi sekali.
Orang tua dulu-dulu kata suruh simpan untuk tujuan kalau anak anak bergaduh bagi sahaja minum air dari celupan tali pusat tu.
Sis pun baru tahu, kita manusia yang sentiasa berada dalam kejahilan.
Bertaubat dan bila dah tahu, jangan diulangi.
Ni juga tanda Allah sayang kita.
Bab qarin tu, sis tak alim pasal tu. Kalian boleh la tanya pada orang ‘Alim’ ye.
Sis dinasihatkan untuk bakar dulu baru di tanam tali pusat yang hangus tu.
Kalau nak tanam tanpa bakar sis tak sure sebab dah lama simpan benda ni kan, tapi bagi sis, asalkan akhirnya kita kembalikan ia ditanah jua.
Takde salahnya.
Wallahualam.
Kredit: Shirotoyui Hirotobie
BACA: Disangka pengemis, rupanya pakcik berbaju lusuh nak beli kereta RM 54k cash!