Wanita kecewa harga bufet macam nak pergi haji balik hari, tapi menu makanan macam ‘menu rahmah’
Harga sekepala untuk buffet biasanya mencecah sehingga RM200 lebih.
Ada juga yang murah dan boleh dapat kurang dari RM100.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan menu bufet di sebuah hotel terkemuka menghidangkan makanan yang sangat sedikit telah mencuri perhatian ramai.
Kecewa harga bufet yang dibayar tak berbaloi dengan menu
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nonachaca317, kelihatan wanita itu pergi berbuka puasa bersama keluarganya di Lakeside Kitchen @ Flamingo Hotel By The Lake, Ampang.
Apa yang membuatkan dia terkejut dan kecewa adalah apabila kebanyakan menu bufet di hotel itu cepat habis dan tidak banyak pilihan.
Menurutnya, itu merupakan bufet iftar yang paling tak berbaloi dia pernah pergi. Dari bahagian makanan utama sehingga ke bahagian pencuci mulut, semuanya hampir licin walaupun baru pukul 7.15 malam.
@nonachaca317 #hotelbuffet #buffetramadhan2023 #iftar #buffetkl ♬ original sound – nonachaca317
”Ni menu terlalu rahmah. Baik pergi bazar, RM245 dapat makan macam-macam” – Warganet
Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.2M views, 42.5K likes dan 2.8K shares di TikTok, rata-rata warganet turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.
BACA:
Ini kisah sedih Rowan Atkinson disebalik watak Mr Bean yang ramai tak tahu
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio