Wanita hampir dibunuh suami gara-gara menag loteri RM31.6 juta

Wanita hampir dibunuh suami gara-gara menag loteri RM31.6 juta.Seorang lelaki mengaku cuba untuk membunuh isterinya tiga tahun selepas wanita itu menang loteri berjumlah £5.5 juta (RM31.6 juta), lapor akhbar Metro UK semalam.

Stephen Gibbs, 45, pada mulanya menafikan dia cuba membunuh isterinya, Emma Brown, 49, namun mengubah pengakuan pada hari pertama perbicaraan di Mahkamah Diraja Cardiff kelmarin.

Pasangan itu tinggal bersama selama 11 tahun dan menikmati percutian di Sepanyol dan Portugal sebelum Gibbs tiba-tiba menyerang Brown di kediaman mereka di Barry, Wales Selatan pada malam 30 Januari lalu.

Wanita

Akibat serangan itu, Brown mengalami kecederaan pada bahagian wajah, lengan dan perutnya selain terpaksa menjalani pembedahan plastik di Hospital Universiti Wales.

Pasangan tersebut berkahwin selepas Gibbs dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama enam tahun kerana menyerang bekas teman wanitanya dengan menggunakan pisau.

Apabila wanita itu memutuskan hubungan dengan Gibbs, dia menikam anak lelaki mangsa yang berusia 11 tahun sebanyak lima kali.

Dia juga pernah cuba untuk membunuh diri dengan terjun dari tempat letak kenderaan bertingkat namun terselamat.

Hakim Richard Twomlow memberi amaran kepada Gibbs bahawa dia berdepan hukuman penjara yang panjang akibat serangan terbaharunya itu.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/14/lelaki-cuba-bunuh-isteri-selepas-wanita-itu-menang-loteri-rm31-6-juta/

BACA: MoU bukan bermakna pembangkang perlu tunduk kepada kerajaan