Wanita ditawar RM1 juta untuk kahwini Menteri, akhirnya Tengku Zafrul buka mulut

Baru-baru ini kecoh dengan berita seorang Menteri menawarkan wang sebanyak RM1 juta dan sebuah kereta mewah Roll-Royce kepada seorang wanita untuk dijadikan isteri.

Terkejut dengan berita itu, Tengku Zafrul Aziz yang dikaitkan dengan isu tersebut mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah terpedaya sekiranya terdapat dakwaan yang sama berulang.

Memetik laporan Malaysiakini, sebelum ini terdapat individu yang menyamar sebagai ‘menteri kewangan’ dan menawarkan wang tunai dan kereta mewah untuk menjerat mangsa.

Wanita ditawar RM1 juta untuk kahwini Menteri, akhirnya Tengku Zafrul buka mulut

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul.

Tidak berdiam diri, Tengku Zafrul dalam satu hantarannya di Facebook berkata, “Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah.

“Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari no 2? Pesanan ini juga khas untuk isteri saya.”

Menurut Zafrul, beliau terkejut apabila terbaca laporan berita bahawa terdapat seorang guru tadika berusia 59 tahun di Bera, Pahang mengalami kerugian sebanyak RM4,200 akibat terperdaya dengan janji-janji manis oleh individu yang menyamar sebagai dirinya itu.

“Saya minta semua di sana berhati-hati dengan pelbagai scam di luar sana.

“Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan.

“Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali,” katanya.

Pihak polis melaporkan suspek menggunakan nama ‘Tengku Zafrul’ di laman Facebook dan turut memperkenalkan dirinya sebagai menteri kewangan.

Suspek turut menghantar mesej kepada mangsa melalui WhatsApp.

BACA JUGA : Daftar MUDA : Pemuda Amanah gesa KDN patuh keputusan mahkamah
Kemalangan Mazda RX8 : Anak kongsi detik cemas, “Ayah tercampak keluar”

Artikel ini disiarkan pada 14/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)