Wanita dipenjara 102 tahun kerana rogol budak lelaki

Wanita dipenjara 102 tahun kerana rogol budak lelaki

Wanita dipenjara 102 tahun kerana rogol budak lelaki.Seorang ibu dijatuhi hukuman penjara 64 hingga 102 tahun kerana melakukan serangan seksual terhadap budak lelaki yang juga rakan anak perempuannya yang bermalam di rumahnya.

Portal Metro melaporkan Christina Greer, 38, memberi anak perempuannya yang berusia 11 tahun dan rakannya itu, alkohol dan gula-gula mengandungi ganja.

Dia didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang rakan anaknya yang berusia 13 tahun.

Dia juga melakukan serangan seksual kepada seorang mangsa berusia 12 tahun.

dipenjara

Penderaan seksual itu berlaku di rumah Greer berhampiran Omaha, Nebraska, Amerika Syarikat antara 2017 dan 2018, mahkamah diberitahu pada Isnin.

Menurut pendakwa raya, budak lelaki berusia 13 tahun itu memberitahu polis dia melakukan hubungan seks dengan Greer sebanyak tiga kali, ketika bermalam di rumah Greer, lapor Omaha World Herald.

Anak perempuan Greer juga memberi keterangan dia mendengar ibunya dan seorang rakan lelakinya di bilik tidurnya.

Sebelum penangkapannya pada 2018, Greer dikatakan memberitahu mangsanya untuk menghapuskan bukti daripada telefon mereka dan tidak memberitahu siapa pun mengenai kejadian itu.

Menurut Phil Kleine, seorang Timbalan Pendakwa Raya di Pejabat Peguam Daerah Sarpy, ketika penyiasatan polis, mereka menemui gambar Greer yang tidak senonoh di telefon milik seorang mangsa.

Greer juga memberitahu anak perempuannya untuk tidak memberitahu siapa pun mengenai apa yang terjadi di rumah mereka kerana dia akan mendapat masalah dan kehilangan anak-anaknya.

Dengan bantuan anak perempuan Greer, detektif mengenal pasti enam kanak-kanak yang kerap menghabiskan hujung minggu di rumah wanita itu.

“Kes ini mengambil masa tiga setengah tahun dari penangkapan (Greer) hingga hukuman,” kata Kleine.

Greer dijatuhkan hukuman pada Isnin lalu di Mahkamah Daerah Sarpy County selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan.

Ia termasuk serangan seksual tahap pertama terhadap seorang kanak-kanak bawah umur membabitkan dua kanak-kanak lelaki berumur 12 dan 13 tahun.

Dia juga didapati bersalah atas enam tuduhan salah laku kanak-kanak serta dua tuduhan mengganggu saksi.

Menurut garis panduan hukuman di Nebraska, Greer perlu menjalani hukuman selama 32 tahun sebelum layak untuk parol.

Jika dia tidak mendapat parol, dia hanya akan dibebaskan selepas 51 tahun.

Berita  Penuh :https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/726546/ibu-muda-dijel-lakukan-serangan-seksual-pada-budak-lelaki

Jika Anda Terlepas: Ahli parlimen Umno tak setuju parlimen secara hibrid