Wanita dicerai sebab tak basuh beras cara betul, “baru je nikah 8 hari..” Baru-baru ini tular di laman Instagram, hantaran video oleh seorang pengguna dari Indonesia yang memaparkan kisah perkahwinannya telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Eka Rufaidah mendedahkan bahawa dirinya telah diceraikan oleh bekas suami selepas 8 hari berkahwin.
Menurutnya, suaminya itu mengalami masalah Obsessive Compulsive Disorder (OCD) yang menyebabkan dia sering ‘naik angin’ walaupun pada masalah yang kecil dan remeh.
Pada mulanya, dia tiada masalah dengan perkara itu namun lama kelamaan, OCD yang dialami suaminya semakin parah.
Setiap peralatan di rumah perlu disteril dan dia juga tak suka orang lain mengemas jika rumahnya dalam keadaan berselerak.
Malah, suaminya turut berang apabila isterinya tidak mencuci beras mengikut caranya dan terus meminta beras itu untuk dibuang ke dalam tong sampah.
Eka kemudiannya meminta izin suami untuk pulang ke rumah orang tuanya menaiki bas. Namun, tidak lama selepas itu, suaminya menghantar pesanan Whatsapp menceraikannya.
View this post on Instagram
BACA:
“Saya sudah terlalu penat”, Amar Asyraf dan isteri akhirnya bercerai
Orang ramai teruja tempahan perodua Alza baharu dibuka, harga dari RM69K
Cara DIY paip air perlahan akibat tersumbat angin, tak payah upah tukang