Wanita AMANAH Kelantan laksana “Projek Kasih untuk Wira”

Wanita AMANAH Kelantan laksana “Projek Kasih untuk Wira”

Alhamdulillah selesai penyampaian sumbangan hari ni di Klinik Kesihatan Bandar dan Klinik Kesihatan Chempaka.

Terima Kasih kepada Ketua Awan Kota Bharu merangkap Bendahari Puan Ariza Mohamad dan Puan Siti Fatimah dan pasukan penyediaan pek makanan serta penyumbang yang memungkin kan Projek Kasih untuk Wira dilaksanakan.

Setinggi penghargaan kami kepada Pegawai dan kakitangan masing-masing bertugas di KKB dan KK Chempaka yang sudi menyambut kami.
Keadaan staf yang terpaksa membuat saringan dalam keadaan panas di luar bangunan amat menyentuh hati kami.

Doktor bertugas yang kami temui kelihatan memakai Penudung muka buatan sendiri (DIY) kerana difahamkan bekalannya telah terputus sejak sekian lama.

Terima kasih khusus buat Pegawai di JKNK yang membantu penyelarasan kerja-kerja kami.
Apapun ketahuilah wahai wira petugas di bahagian hadapan perjuangan menghadapi wabak Covid-19, jasamu kami hargai dan kami dendangkan untuk tatapan anak cucu kami nanti.

Buat semua dermawan, sumbangan Tuan Puan tidak kami sia-siakan. Hanya Allah yang layak memberikan sebaik-baik ganjaran.

Dr Hafidzah Mustakim
Ketua Awan Kelantan

#projekkasihuntukwira
#awanpedulirakyatdihati
#covid-19
#dudukdumoh
#fastabiqulkhairat