Wanita alami gejala gatal-gatal, berkudis dan muncul gelembung air selepas ambil dos vaksin

Wanita alami gejala gatal-gatal, berkudis dan muncul gelembung air selepas ambil dos vaksin.Pihak berwajib khususnya kakitangan klinik dan hospital diminta mengambil serius setiap aduan rakyat tentang tahap kesihatan mereka sebelum diberikan suntikan vaksin Covid-19.

Isteri Pengerusi Eksekutif Trizure International Malaysia Sdn. Bhd., Datin Seri Engku Noorasikir Engku Lah berkata, ia penting bagi memastikan tiada kesan sampingan dialami penerima vaksin berkenaan.

Wanita alami gejala gatal-gatal, berkudis dan muncul gelembung air selepas ambil dos vaksin

“Sepertimana terjadi kepada Azimiyah Yaakob apabila kulitnya dinaiki gelembung air dan gatal-gatal keseluruhan badan serta kulitnya terbakar selepas menerima dos kedua vaksin Covid-19, kita tidak mahu ia berulang.

“Seperti dimaklumkan Azimiyah, dia ada memberikan maklum balas mengalami muntah-muntah, sakit kepala yang berpanjangan serta demam selepas suntikan dos pertama vaksin itu , namun ia tidak diambil serius,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia menyiarkan penderitaan dialami Azimiyah, 49, apabila kulitnya dinaiki gelembung air dan gatal-gatal keseluruhan badan serta kulitnya terbakar yang dialami selepas menerima dos kedua vaksin Covid-19.

Ibu kepada seorang anak itu mendakwa, dia mengalami sakit kepala, gatal dan sakit keseluruhan badan serta badan mula berkudis, luka ditempat gatal dan mula naik gelembung-gelembung air.

Azimiyah mendakwa, dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini pada 25 November tahun lalu dan doktor pakar kulit yang merawatnya mengesahkan bahawa ia kesan vaksin Covid-19.

“Saya juga telah membuat laporan polis berhubung perkara ini dan saya juga ada surat daripada doktor pakar yang mengesahkan apa yang saya alami adalah kesan vaksin Covid-19,” dakwa Azimiyah.

Terdahulu, Azimiyah menerima kunjungan Engku Noorasikir yang hadir menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban ditanggungnya.

Engku Noorasikir berharap pihak klinik dan hospital mengambil serius setiap aduan rakyat tentang tahap kesihatan mereka bagi mengelak kejadian menimpa Azimiyah berulang.

Baca Juga : “Suami saya nyaris ditembak oleh bapa mertua sendiri”, dedah Zarina Zainuddin
Suntikan AstraZeneca beri kesan sampingan kepada tulang belakang, dedah EMA

Artikel ini disiarkan pada 15/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)