Wan Fayhsal yakin kabinet baru akan mampu buktikan hasil dalam 100 hari

Wan Fayhsal yakin kabinet baru akan mampu buktikan hasil dalam 100 hari

Wan Fayhsal yakin kabinet baru akan mampu buktikan hasil dalam 100 hari. Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberi jaminan barisan Kabinet baharu yang diumumkan bakal berorientasi hasil dan usaha keras yang akan dibuktikan dalam tempoh 100 hari pertama.

Beliau berkata, pihaknya sedar ada tanggungjawab dan amanah di sebalik jawatan yang diberi itu.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk’ Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberi kepercayaan untuk saya menyumbang khidmat untuk Keluarga Malaysia sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara.

Wan Fayhsal

“Saya sedar di sebalik jawata, ada tanggungjawab dan amanah yang wajib kami tunaikan, khususnya untuk kami di Kementerian Perpaduan Negara di bawah pimpinan Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique,” katanya.

Sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan bagi Kabinet bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/nasional/2021/08/kabaniet-baharu-akan-buktikan-hasil-kerja-dalam-tempoh-100-hari/

BACA: Adham terus kekal dalam kabinet, saling tukar tempat dengan Khairy