‘Walk in’ kepada warga emas dapatkan vaksin tindakan tepat

‘Walk in’ kepada warga emas dapatkan vaksin tindakan tepat

‘Walk in’ kepada warga emas dapatkan vaksin tindakan tepat.Keputusan Kerajaan membenarkan warga tua, Untuk Walk In bagi suntikan Vaksin adalah tindakan yang tepat..Itu yang aku cadangkan sebelum ini sama seperti dilakukan Kerajaan Singapura..

2- Kenapa perlu “Walk In” Sebab tidak terikat dengan Masa dan Lebih Fleksibel, Anak yang bertanggungjawab akan membawa ibu dan ayah mereka untuk di Vaksin.. Selalunya orang tua, dia perlukan Peneman, Selalunya anak, saudara, Rakan tidak boleh diikat dgn jadual, Boleh jadi Kerja.. Boleh jadi tidak ada cuti mengikut jadual yang ditetapkan untuk Vaksinasi.. Lebih baik lagi jika ada akses di klinik kesihatan terdekat..

3- Itu sebabnya banyak kes dan ramai yang tidak hadir temu janji, Bukan sebab mereka itu Anti Vaksin, Sebab tidak ada pembawa, Tidak ada peneman ketika tarikh temu janji.. Jadi tindakan Kerajaan ini tepat biarpun sedikit terlewat..

Walk in

4- Jadi inilah Faktor membuka ruang, Anak boleh pulang melawat Ibu bapa mereka yang sudah diVaksin, Sebab apa.. ? Jika anak itu sudah dijangkiti pun, Kesan kepada Ayahnya mungkin tidak serius, Yang Jadi masalah hari ini..Anak yang di Vaksin dan pulang ke kampung bertemu Ayah yg ditidak dilindungi Vaksin..Akhirnya Ibu bapa mereka yang jadi Mangsa.. sebab mereka kelompok beresiko..

5- Itu sebab aku kritik sebelum ini, Orang Muda..Pekerja Kilang, Warga asing selalunya mempunyai Imun yang tinggi tak perlu jadi keutamaan..Jadi sepatutnya beri laluan kepada kelompok Beresiko.. kelompok yang ramai di ICU..

6- Selepas ini jika Ibu Bapa mereka sudah Divaksin, Boleh saja diberi peluang Anak merentas Negeri untuk bertemu Ibu bapa depa.. Jadi Proses inilah perlu dipercepatkan.. iaitu sasaran kepada warga tua dan kelompok beresiko.
Sumber:

Jika Terlepas: Jangan cabar arahan kerajaan, kata Ismail Sabri kepada kilang