Walaupun teruk kena balun sampai 10-0 dengan Malaysia, aksi penyokong Papua New Guinea curi tumpuan netizen

Walaupun teruk kena balun sampai 10-0 dengan Malaysia, aksi penyokong Papua New Guinea curi tumpuan netizen

Seperti semua sudah maklum, semalam pasukan bola sepak Malaysia, Harimau Malaya memaparkan aksi luar biasa dalam perlawanan persahabatan dengan Papua New Guinea.

Harimau Malaya ‘membaham’ Papua New Guinea 10-0 dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu..

Walaupun teruk kena balun sampai 10-0 dengan Malaysia, aksi penyokong Papua New Guinea curi tumpuan netizen

Meskipun ianya kejayaan yang besar buat Harimau Malaya dan amat membanggakan namun sebuah video TikTok yang tular memaparkan sekumpulan kecil penyokong pasukan Papua New Guinea menambat hati netizen.

Video pendek berdurasi 15 saat yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @cheka_ef9 itu mengundang rasa kagum dan hormat daripada penyokong skuad bola sepak tempatan apabila melihat mereka tidak henti-henti memberi sokongan kepada pasukan negara mereka biarpun kalah dalam perlawanan itu.

Menurut laporan Kosmo!, video itu kemudian disedari oleh keluarga tersebut dan seorang wanita menggunakan akaun nama @unahjms meninggalkan komen bahawa, dia merupakan warga Papua New Guinea yang tinggal di Terengganu selepas berumah tangga dengan rakyat Malaysia.

@cheka_ef9 Penyokong Papua. FRIENDLY MATCH Malaysia 🇲🇾 vs 🇵🇬 Papua New Guinea ——- #FIFADay #Malaysia #stadiumsultanmizanzainalabidin ♬ Malampagi – Saixse

“Saya orang Papua New Guinea dan anak-anak saya campuran Malaysia dan Papua New Guinea. Kami tinggal di Terengganu. Jika perlawanan diadakan di Papua New Guinea, kami akan sokong Malaysia.

Seperti mana anda mencintai dan menyokong negara anda, begitu juga saya. Anak saya anak Malaysia dan anak Papua New Guinea. Permainan yang baik daripada pasukan Malaysia,” katanya.

Sebagai info, ini antara kemenangan terbesar Harimau Malaya di peringkat antarabangsa selepas pernah membelasah Filipina 15-1 pada tahun 1962.

BACA:

Macam buaya baham ayam! Bapa hanya mampu lihat anak dibaham buaya depan mata walaupun sudah cuba selamatkan

Pengacara terkenal dengan imej muslimah kantoi pakai ‘bra’ je dikhalayak ramai ketika berbasikal!