Walaupun kes makin meningkat, kerajaan umum bazar Aidilfitri boleh beroperasi hingga 2 pagi

Walaupun kes makin meningkat, kerajaan umum bazar Aidilfitri boleh beroperasi hingga 2 pagi

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan waktu operasi bazar Aidilfitri dilanjutkan sehingga 2 pagi, bermula esok.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas peniaga merungut waktu operasi hingga 12 malam terlalu pendek.

“Kerajaan mendengar rayuan dikemukakan penjaja bazar Aidilfitri supaya melanjutkan waktu berniaga mereka.

“Kita dimaklumkan di bulan Ramadan ini, pegunjung bazar Aidilfitri keluar selepas Isyak dan solat Tarawih,” katanya dalam sidang media hari ini.

Bagaimanapun, Ismail berkata, perjalanan rentas negeri masih dilarang akibat peningkatan kes Covid-19.

Beliau berkata, SOP terperinci mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri akan diumumkan tidak lama lagi.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/23/bazar-aidilfitri-boleh-dibuka-hingga-2-pagi-mulai-esok/