Walau dapat ‘simpati’ Azmin, Ginie Lim tidak tergoda

Walaupun mendapat ‘simpati’ bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali, penyandang kerusi DUN Machap Jaya dari PKR, Ginie Lim menolak simpati ditunjukkan Azmin kerana tidak dicalonkan sebagai calon dalam PRN Melaka kali ini untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Menurut laporan Malaysiakini, selepas Azmin memimpin parti Bersatu, Lim mendakwa menjadi mangsa dalam PKR apabila digugurkan kerana dilihat berpihak kepadanya.

Walau dapat 'simpati' Azmin, Ginie Lim tidak tergoda

Ginie Lim

Beliau menyifatkan kenyataan Azmin itu sebagai isyarat Perikatan Nasional “kehabisan modal politik” bagi mengalihkan tumpuan kepada isu rakyat dan menegaskan kesetiaannya adalah pada prinsip perjuangan parti dan bukan kepada individu.

Menerusi laman Facebook, Lim berkata, “Walaupun saya tidak bertanding dalam PRN Melaka kali ini, saya tetap komited dengan agenda perjuangan PH, serta menyumbangkan tenaga dan idea dalam politik tanah air di bawah pimpinan Presiden PKR Anwar Ibrahim.”

Tindakan menggugurkan Lim itu mengundang rasa tidak senang pemimpin akar umbi PKR, dan memaksa PKR untuk berusaha meredakan perasaan tidak enak dalam kalangan penyokongnya bagi tidak menjejaskan peluang mereka dalam PRN nanti.

Sebelum ini Lim menerima keputusan itu dan turut berkempen di Machap Jaya bersama-sama Anwar.

Dalam hantarannya hari ini beliau turut meminta rakyat mempertahankan mandat pilihan raya umum (PRU) 2018 – yang berpihak kepada PH – dan menggesa penduduk Melaka untuk turun mengundi.

Lim juga menyelar tindakan Azmin yang terlibat dalam Langkah Sheraton dimana Azmin dilihat sebagai salah seorang penggerak dan bersekongkol dengan kleptokrat dan perasuah yang telah ditolak rakyat dalam PRU lalu.

Ujarnya lagi, Azmin harus kembali ke “haluan yang benar” dan tidak membenarkan dirinya terus “diperalat oleh perasuah”.

“Amat menyedihkan bagi seorang yang kononnya memperjuangkan politik pelbagai kaum dan melawan rasuah lebih 20 tahun tetapi akhirnya terpaksa tunduk kepada acuan parti perkauman dan perasuah.

“Adalah lebih baik Azmin menyedari partinya parti Bersatu tidak lagi relevan untuk masa depan tanah air kita.

“Sepatutnya beliau kembali ke halatuju yang betul daripada membiarkan dirinya terus menjadi alat perasuah,” katanya.

BACA JUGA :Panas !!! Ginie Lim ‘sekolahkan’ Azmin
Pesawat Hawk terhempas, identiti juruterbang dikenal pasti

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Walau dapat ‘simpati’ Azmin, Ginie Lim tidak tergoda […]