Wala’ kepada pemimpin jangan sampai langsung tidak menegur kesilapan pemimpin

Wala’ dan taat atau kesetiaan kepada ketua, pemimpin dan negara manakala Kesetiaan merujuk kepada semangat sepasukan dalam suatu saf perjuangan/ Parti yang kukuh lagi padu tidak terpisah daripada pemimpin dan ketua.

Wala’ dari segi bahasa ialah penjaga, pemimpin, pelindung dan penyerahan malah, ia juga membawa maksud dekat, kasih, mengikut, memberi pertolongan dan perlindungan.

“Konsep wala’ yang diamalkan di dalam sesebuah organisasi politik bermaksud kesetiaan seseorang kepada ketua, pemimpin, imam atau seumpamanya dipupuk dengan nilai kasih sayang, kepatuhan, sumpah setia, taat dan bai’ah yang wajib diberikan kepada pemimpin sah.

Dalam konteks pemerintahan pada masa kini adalah presiden parti manakala kerajaan ialah perdana menteri, Ketaatan dan kepatuhan kepada pemimpin itu hanyalah tertakluk kepada perkara kebaikan yang tidak melanggar syarak dan bukannya membuta tuli tanpa pengetahuan dan usul periksa.Dari segi ilmiahnya, walaupon kita mengamalkan sifat wala tetapi digalakkan untuk mengkritik yang membina demi kebaikan dari masa kesemasa.

Dalam islam, kita mengkritik atau menegur biarlah dengan cara yang membina dan memantapkan saf organisasi atau pemimpin itu sendiri tetapi bukan dengan memaki hamun, mencela dan mengaibkan pemimpin.Kita semua dilahirkan sebagai khalifah yakni pemimpin dan sebelum kita berada di kemuncak pemimpin yang tinggi, maka wala dan taat kepada pemimpin harus diamalkan.

Konsep wala’ dan taat menggalakkan budaya politik berasaskan ilmu, fakta dan kebenaran, mengelakkan perselisihan dan konfrontasi dalam kalangan rakyat dan pemerintah, mengelak ketidakstabilan politik, sosial dan ekonomi negara.

Kelebihan wala’ ini ,ia juga membendung budaya memperkotak-katik rakyat melalui pelbagai bentuk manipulasi termasuk menutup ruang terhadap campur tangan kuasa asing dalam negara.

Seandainya wala’ membuta tuli tanpa menyelidik bab kesilapannya,maka ini akan menyebabkan pemimpin itu sendiri berada dalam keadaan riak, bangga diri dan seterusnya akan hanyut dibawa arus kuasa dan jawatan tinggi yang disandangnya.

Wallahulam..

Sulaiman Ibrahim/LemanRL
Aktivis Parti Amanah Negara / Pemerhati politik