Wakil rakyat pembangkang dipilih rakyat, tidak wajar peruntukan disekat

Inilah perbezaan ketara sikap sebenar BN.

Mereka anggap PEMBANGKANG ini bukan sebahagian KERAJAAN yang menjadi wakil rakyat dipilih melalui demokrasi.

Sejak sekian lamanya memerintah mereka nafikan hak RAKYAT memilih WAKIL RAKYAT mereka yang bukan dari kalangan mereka dengan menghukum melalui sekatan peruntukan.

Namun perkara ini tidak berlaku kepada BN ketika mereka menjadi PEMBANGKANG. Peruntukan tetap disalurkan oleh PAKATAN HARAPAN samada melalui peruntukan terus ataupun melalui jabatan dan agensi kerajaan.

Yang membunuh PH dengan peruntukan yang diberi adalah BN dan PAS. Dendam politik kerana kehilangan kuasa merugikan rakyat dan ia tidak sepatutnya berlaku lagi dalam norma baharu politik dan kehidupan manusia yang berilmu.

Ridhuan Esa

Ketua Pemuda AMANAH Kawasan Tenggara

3 November 2020

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)