Viral murid tiada duit beli baju PJ, reaksi Zara Zya buat orang sebak

Viral murid tiada duit beli baju PJ, reaksi Zara Zya buat orang sebak. Sejak semalam, tular di media sosial video memaparkan seorang pelajar sekolah rendah sedang duduk di tepi padang sekolah sambil melihat rakan-rakannya melakukan aktiviti sukan semasa waktu Pendidikan Jasmani.

Apabila ditanya oleh gurunya, rupa-rupanya pelajar terbabit tidak mempunyai baju PJ untuk dipakai ketika waktu pelajaran Pendidikan Jasmani.

Apa yang lebih menyayat hati adalah alasan yang diberikan oleh pelajar itu adalah kerana ibunya tidak mempunyai duit untuk membelinya baju PJ.

Viral murid tiada duit beli baju PJ, reaksi Zara Zya buat orang sebak

Menurut pelajar itu lagi, mereka berasal daripada keluarga yang susah memandangkan ibu bapa hanya bekerja di Kedai Runcit 1Malaysia.

Menurut gurunya, sudah dua bulan pelajar ini tidak memakai baju PJ semasa waktu Pendidikan Jasmani dan hanya memakai uniform sekolah.

Disebabkan itu, guru ini merasakan sesuatu yang agak ganj1l dengan keadaan pelajarnya ini dan guru itu bertindak untuk menanya beberapa soalan kepada muridnya itu.

Melalui pertanyaan itu, pelajar yang disapa dengan nama Putra merupakan anak bongsu dari empat adik beradik.

Viral murid tiada duit beli baju PJ, reaksi Zara Zya buat orang sebak

“Kamu maw tak cikgu belikan kamu baju PJ baru?” tanya guru tersebut.

Gurunya terus membawa Putra pergi ke koperasi sekolah untuk membelinya sebuah baju PJ yang baru kerana terlalu kasihan kepada pelajarnya itu.

“Sekejap lagi waktu rehat kita pi tengok baju baru kat Putra, Putra tunggu cikgu kat koperasi time waktu rehat,” pesan guru itu.

Putra hanya menggangguk dan kelihatan wajahnya sedikit ceria apabila mengetahui gurunya mahu membelinya sebuah baju baru.

Viral murid tiada duit beli baju PJ, reaksi Zara Zya buat orang sebak

Dalam pada itu, pelajar darjah empat ini juga menyatakan bahawa dia sangat minat bermain bola sepak tetapi disebabkan tiada baju PJ dia tidak boleh bermain bersama-sama rakan-rakannya.

Sewaktu di dalam koperasi sekolah, kelihatan wajah Putra yang masih malu-malu telah dipakai baju PJnya yang baharu oleh gurunya itu.

Kemudian gurunya berpesan kepada Putra supaya datang ke sekolah hari-hari dan jangan p0nteng sekolah lagi.

Bukan itu sahaja, gurunya juga membeli seluar yang baharu buat anak murid kesayangannya itu sambil terus memberikan nasihat berguna kepada pelajar itu

Kelihatan di situ, guru-guru lain juga berasa begitu terharu dan mereka juga memberikan kata-kata semangat kepada Putra untuk terus belajar bersungguh-sungguh demi masa depan.

Perkongsian video adik Putra di Instagram ini juga telah menarik perhatian pelakon terkenal, ZaraZya yang turut menawarkan diri untuk membelikan Putra baju PJ yang baharu.

“Siapa adik ini? Saya nak belikan baju pj untuk dia,” komen ZaraZya dalam Instagramnya.

Viral murid tiada duit beli baju PJ, reaksi Zara Zya buat orang sebak

Ramai juga yang memuji tindakan gurunya yang begitu prihatin dengan kebajikan murid-murid yang berada dalam keadaan susah.


Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen begitu terharu dengan apa yang berlaku kepada Putra dan mereka mendoakan supaya Putra terus bersemangat meneruskan kehidupannya.. Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar dan pengajaran untuk semua.

Tonton:

Baca:

Pemuda ini curi-curi baca laporan perubatan ayah, tak sangka ada HIV Aids

Diri sendiri kena hentam teruk di Facebook? Ini 3 fasa yang akan kita hadap…

Terkini : Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual di mahkamah hari ini

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)