Video tular ‘hentam’ PH, Ketua Polis dakwa suara diedit

Video tular ‘hentam’ PH, Ketua Polis dakwa suara diedit

Video tular Polis ‘hentam’ negeri PH, Ketua Polis dakwa suara diedit. Satu laporan polis dibuat berhubung video tular yang mencemarkan imej polis selepas ia disunting dan dikaitkan dengan isu politik serta kegagalan kerajaan dalam menguruskan pandemik Covid-19.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, video berdurasi dua minit 12 saat itu memaparkan rakaman sidang media yang dibuat olehnya pada 2 Jun lalu berkaitan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Sungai Dua di sini.

Video

Bagaimanapun jelasnya, audio video terbabit telah ditukar dengan suara individu tidak dikenali yang mengulas kegagalan Ahli Parlimen Pakatan Harapan membuat aduan berhubung kilang yang beroperasi secara haram.

“Video yang tular sejak petang Rabu itu jelas cuba mengelirukan orang ramai dan cuba mencetuskan presepsi buruk terhadap polis termasuk diri saya.

“Saya menafikan sebarang penglibatan dalam video itu sebaliknya rakaman sidang media yang dibuat sebelum ini telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab dipercayai untuk tujuan peribadi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Kesal dengan perbuatan itu, Noorzainy membuat laporan di Balai Polis Kepala Batas pada malam Rabu.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/148756/BERITA/Semasa/Ketua-Polis-Daerah-SPU-buat-laporan-polis-babit-video-tular

BACA JUGA : Unjuran bank jangka PKPD berlanjutan selama sebulan