Video tukar ELCB dari ARiF ini cetus kesedaran buat mangsa banjir

Video tukar ELCB dari ARiF ini cetus kesedaran buat mangsa banjir.Di sini sy ingin kongsikan, maybe ada yg dah tau, mungkin blum, mungkin terlupa atau mungkin amik ringan.. perkongsian ini adalah umum untuk semua, pengetahuan umum yg perlu diambil tahu..

Gmbar di bawah ni adalah KOTAK FIUS AGIHAN (DB), semua rumah mesti ada kotak ni, di dalam kotak ini mempunyai beberapa peranti yg penting dalam sistem pengaliran eletrik rumah kita, antaranya yg biasa kita gunakan adalah Main Switch, ELCB & MCB yg masing² ada fungsi keselamatan yg tersendiri..

Yg ingin sy tekankn disini adalah peranti ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker / Pemutus Litar Bocor Kebumi). Dlm kotak fius agihan.. fungsi ELCB, ELCB akan memutuskan bekalan elektrik jika ada berlaku kebocoran arus pada alatan elektrik yg kita gunakan dalam rumah kita, maksudnya jika wayar api bocor pada alatan tersebut, automatik peranti ELCB akan putuskan bekalan, arus yg bocor terus akan dibawa ke bumi dgn sistem pembumian, secara langsung boleh menyelamatkan alatan elektrik berkenaan dan juga menyelamatkan seseorg yg memegang alat berkenaan..

@mohdburhanuddinot♬ original sound – mohdburhanuddinot


Pastikan Semua alatan elektrik anda disambung dgn wayar bumi (wayar hijau) dgn sempurna.. wayar bumi akan membawa arus bocor terus ke bumi.

Peranti ELCB tersebut perlu kita uji sendiri sebulan sekali, dgn menekan butang ‘T’ atau ‘Test Trip’ dan di peranti ELCB tu sendiri ada tertulis ‘PUSH MONTHLY’, Jika di tekan tetapi tidak trip, bermakna rumah kita dalam keadaan bahaya dan peranti ELCB tersebut Wajib di tukar oleh org yg kompeten..

@mohdburhanuddinot

bantu tukar pemutus litar mangsa banjir dan ini lah keadaannya.. kalau hari ni elok pun, lama2 akan berkarat dan rosak. bahaya mangsa banjir yang tak perasan benda ni..

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Lepas korang baca ni, korang cubalah test tekan ‘test trip’ ELCB kat DB rmh masing², kalau x trip, cepat² la tukar..

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan peringatan pada semua, jgn main² dan jgn memandai² dgn elektrik, sbb elektrik tu dia ada tp kita x nmpk ..

BACA JUGA:

Individu pulang umrah wajib pakai gelang pengesan digital – Khairy
Rakyat Malaysia dijangkiti Omicron lepas masuk Indonesia, KKM mulakan siasatan

Artikel ini disiarkan pada 26/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)