[Video] Terkini !!! Jeli mula dinaiki air

Jeli mula dinaiki air,difahamkan banyak kawasan di negeri berkenaan mula dinaiki sejak pagi tadi.

Video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan air desar di Sungai Jeli.

Sementara itu, turut tular video menunjukkan Air Terjun Lata Berangin di Kuala Krai yang semakin deras dan laju.

Warganet turut menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan semasa itu.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran hujan berterusan di lima buah negeri sehingga 2 Januari ini.

Amaran hujan berterusan waspada peringkat kuning dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sabah iaitu Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Hujan berterusan juga dijangka berlaku di seluruh Kelantan, Terengganu, Johor dan beberapa kawasan di Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) bermula esok sehingga 1 Januari.

BACA:

Peningkatan suhu global, Tun M ingatkan rakyat bersedia hadapi lebih banyak bencana alam
Persatuan Penduduk dedah kebun durian haram di Bukti cherakah masih aktif walau sudah ada notis amaran
Viral

Artikel ini disiarkan pada 30/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)