[Video] Seram !!! Tiba-tiba kerusi belakang bergerak, macam ada orang duduk

[Video] Seram !!! Tiba-tiba kerusi belakang bergerak, macam ada orang duduk

Tiba-tiba kerusi belakang bergerak, macam ada orang duduk.Gangguan mistik boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuklah di tempat bekerja seperti pejabat. Mungkin pada waktu siang, tiada apa yang perlu ditakutkan. Namun, suasana bertukar menjadi seram jika kita berseorangan pada waktu malam.

Walau tidak menunjukkan kehadirannya secara zahir, namun gangguan berbentuk bunyi atau apa sahaja perkara pelik sudah cukup membuatkan bulu roma kita meremang.

Sama seperti pengalaman lelaki ini yang diganggu dengan kejadian aneh ketika menyiapkan tugasan di pejabat pada waktu malam. Dia telah merakam keadaan kerusi di belakangnya di mana dipercayai telah bergerak dengan sendiri.

Menerusi rakaman pendek yang dimuat naik oleh akaun TikTok @alfi.arif yang juga merupakan rakan pejabat kepada lelaki tersebut, jelas kelihatan kerusi pejabat itu bergerak seakan-akan ada yang sedang ‘duduk’ di atasnya.

kerusi

@alfi.arif Lihat kerusi belakang! Anda nilai sendiri #officelife ♬ Ghost Sound 01(964339) – ROYAL KLAXON MUSIC

Video ini telah meraih lebih 100 ribu tontonan oleh warganet di Tiktok. Menjengah ke ruangan komen, ada juga warganet pernah mengalami gangguan sama di pejabat ketika bekerja sehingga lewat malam.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/09/15/video-kerusi-bergerak-seolah-ada-yang-duduk-lelaki-ini-rakam-detik-seram-dalam-pejabat-pada-waktu-malam/

BACA: Shafie minta kerajaan telus dalam perkongsian data Covid-19