[Video] Peniaga burger kena kompaun RM50,000 tampil beri penjelasan

[Video] Peniaga burger kena kompaun RM50,000 tampil beri penjelasan

Semalam kecoh satu Malaysia apabila peniaga burger yang berpusat di Kelantan dikompoun RM50,000 kerana dianggap melanggar Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) di sini.

Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, yang menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Kelantan di sini, memaklumkan dia didatangi beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan jam 11.10 malam.

Polis kemudian mengeluarkan kompaun RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Youtuber, Jeming Hassan melakukan kunjungan khas ke rumah Wan Mohd Faisal untuk mendapatkan gambaran sebenar kejadian. Video seperti di bawah